PetFinder.my

PetFinder.my (https://forums.petfinder.my/index.php)
-   Health, Disease & Diet (https://forums.petfinder.my/forumdisplay.php?f=26)
-   -   Apa Benda Yang Keluar Dari Saluran Najis Anak Kucing Ini..? (https://forums.petfinder.my/showthread.php?t=4148)

Pak Lubis 03-15-2010 01:04 AM

Apa Benda Yang Keluar Dari Saluran Najis Anak Kucing Ini..?
 
Bangi..13 hb Mac 2010
Saya telah mengambil seekor anak kucing (DSH) dari rumah adik saya, yg kelihatan kurus serta tidak di endahkan oleh ibunya (kucing datang - nanti saya postkan gambar.. Mcm kacukan kucing ada nama).. Tulang belakangnya tersembul dan bulunya tegak.Ia berumur lebih kurang 2 bulan. Kucing tersebut sepatutnya sudah mulai makan makanan 'wet food' atau makanan kering tetapi tidak mendapat makanan yg sepatutnya kerana kucing tersebut mengikut ibunya dtg kerumah adik saya.

Pabila saya bawa balik kerumah saya beri dia makan wet food.. Amboi bukan main lahapnya dia makan.. Memang sungguh lapar.. Setelah dia kenyang saya mula membersihkan mulutnya dan spt biasa mengurut bhg 'anunya' didapati ada semacam benda berupa tali tersembul dari lubang duburnya.. Dalam hati saya berkata 'Apa ini..?' Saya tariknya keluar dgn guna kertas tisu.. Panjang benda tu lebih kurang 1.25 cm.

Pada 14 hb Mach saya beri dia makan 'wet food' kerana Blackwood (BW) yg saya sedia dlm bekas tidak dimakan atau makan sikit sahaja. Kali ini saya hncurkan BW dan campurkan dgn wet food. Dia makan bagai nak gila.. Memang betul dia tak pernah merasa makan yg sebegitu. Perutnya pun dah bulat.

Tekala saya bersihkan nya benda yg serupa berada lagi dibahagian duburnya .. Saya tarik lagi dia keluar...

Saya akan bawa ke klinik pada Hari Isnin kerana hari ahad kelinik berhampiran tutup.

Nak tanya pada siapa yg tau .. Apa kah bendanya tu ? Cacing ke ?

Suhaimy 03-15-2010 02:13 AM

Re: Apa Benda Yang Keluar Dari Saluran Najis Anak Kucing Ini..?
 
Salam Pak Lubis. Sy rasa tu cacing la. Sy pun pernah tarik keluar dr anu kucing sy dulu. Kalau kitten tu mkn ok, bagus la. Cuma kalau boleh, jgn bg over sgt. Bila perut kosong, makanan byk masuk, nanti jd tak terhadam kalau byk sgt. Sempat la esok nak deworm & vaksin.

Pak Lubis 03-15-2010 05:13 AM

Re: Apa Benda Yang Keluar Dari Saluran Najis Anak Kucing Ini..?
 
wassalam.. Kalau cacing .... saya dah agak dah..

Saya tak bg makan bnyk pun.. Wetfood dlm pkt tu saya bg suku je.. Tapi cmpur dgn beberapa keping BW yg dah dihancurkan .. Tak sampai 10 ketul pun.

Tetapi ada tersedia Bw yg keras untuk dia makan, jika lapar..

Yong Katana Ashica 03-15-2010 10:59 AM

Re: Apa Benda Yang Keluar Dari Saluran Najis Anak Kucing Ini..?
 
omg. cacing! cepatē bawak pegi clinic {victory}

Pak Lubis 03-15-2010 06:22 PM

Re: Apa Benda Yang Keluar Dari Saluran Najis Anak Kucing Ini..?
 
tak bawak klinik.. Vet tak ada , beli ubat bunuh cacing berbentuk pil utk bg sendiri..

Suhaimy 03-15-2010 09:12 PM

Re: Apa Benda Yang Keluar Dari Saluran Najis Anak Kucing Ini..?
 
Ok je pil @ syrup. Janji ubat cacing je. Nanti sihat la tu {victory}

Pak Lubis 03-15-2010 09:48 PM

Re: Apa Benda Yang Keluar Dari Saluran Najis Anak Kucing Ini..?
 
Walau pun dia dijangka berumur 2 bulan tetapi disebabkan tak dapat makanan khasiat ia lebih kecil dari anak kucing saya yg umur 5 minggu.

Malam ini nampak aktif.. Dah mula bermain dgn adik2 nya 2 ekor umur 5 minggu dan 2 ekor anak kucing umur 3 minggu yg tumpang susu ibu kucing saya.

Masih takut2 dengan ibu kucing walau pun ibu kucing saya cuba menjilat2 nya.

Masih belum mau makan BW yg bubuh dalam bekas makanan tetapi saya bagi dia makan Bw yg telah dihancurkan dan dicampur dgn wet food. Moga apa yg saya buat betul. Harap dia sihat dihari2 akan datang.


All times are GMT +8. The time now is 04:41 AM.

Powered by vBulletin® Version 3.8.2
Copyright ©2000 - 2026, Jelsoft Enterprises Ltd.