PetFinder.my

PetFinder.my (https://forums.petfinder.my/index.php)
-   Rescuers & Fosterers (https://forums.petfinder.my/forumdisplay.php?f=14)
-   -   Anak kucing DLH, DMH dan DSH yang tidak terurus! Please Adopt Them! (https://forums.petfinder.my/showthread.php?t=4701)

tediber 08-04-2010 09:32 PM

Anak kucing DLH, DMH dan DSH yang tidak terurus! Please Adopt Them!
 
Ceritanya panjang, tidak tahu macam mana mahu singkatkan.

Aku bagi point.
- ibu kucing ini selalu datang bertandang di rumah. kalau ada 24jam, 20 jam adalah di rumah aku dan 4 jam di rumah tuan dia. Anak-anak dia terabai.

-2-3 hari lepas anak-anak dia ikut naik ke rumah aku di atas bukit jaraknya dalam 250 meter.

- keadaan mereka agak menyedihkan, semacam tidak terurus. Terasa rangka dan perut buncit. Sedangkan ibu mereka spesis DMH dan anak-anaknya ada yang menjadi DLH.

- Rumah tuan dia byk kucing. ada dalam 15 ekor. belum termasuk emak mereka ini yg sedang bunting dan seekor lagi kucing betina tunggu hari sahaja.

- kucing-kucing tidak di bawa ke jabatan haiwan. tidak di dewormed. tidak di aksin dan tidak mendapat rawatan sewajarnya.

- tuan mereka tidak mahu spayed/neuter.

- aku berjaya pujuk tuan dia untuk beri adopt anak-anak kucingnya. Alasan aku `Kawan saya ramai mahu kucing`. Pandai-pandai saja aku, sedangkan sebetulnya, aku mahu mereka mendapat tuan yang bukan hanya tahu membela tapi tahu menjaga kebajikan mereka.

Jadi, ada 6 ekor anak kucing yang di buka untuk adoption. Mereka ini semuanya jenis DMH dan ada yang DLH tapi keadaan mereka yg tidak terurus buat kecantikan sebenar tidak kelihatan.

http://i190.photobucket.com/albums/z33/tediber/t7-3.jpg
Kucing A. Aku sudah adopt 2 hari lepas. DLH. Kurus dan perut buncit dan kutu bersepah. Aku sudah bawa ke *et!

http://i190.photobucket.com/albums/z33/tediber/t6.jpg
Kucing b. Warna hitam putih. Anak sulung rasanya dari 4 beradik sebab badan dia lebih besar. :))

http://i190.photobucket.com/albums/z33/tediber/t5.jpg
Kucing C. Yang ini dari pandangan mata aku jenis DLH sebab bulu dia lebat dan panjang. Tapi keadaan amat daif. :((

Kucing D aku tidak sempat ambil gambar. warna kelabu + putih.

Kucing A,b , C dan D adalah adik beradik dan ibu mereka di bawah ini.

http://i190.photobucket.com/albums/z33/tediber/s5-2.jpg

Dua ekor lagi juga pasangan adik beradik.

http://i190.photobucket.com/albums/z33/tediber/i3-6.jpg
Kucing E

http://i190.photobucket.com/albums/z33/tediber/i6-4.jpg
Kucing F

Gambar kucing E dan F adalah gambar lama bertarikh Mei 2010.Sekarang emak mereka baru beranak lagi kira-kira seminggu yang lalu. :))

Aku harap sangat ada yang sudi adopt mereka. Tuan kucing ini bukan orang berada tapi mereka amt sayangkan kucing cuma tidak tahu penjagaan rapi sahaja. Kucing yang sepatutnya membesar dengan sihat dan cantik jadi sebaliknya.

Sesiapa yang berminat atau ada sebarang pertanyaan boleh emel kepada aku di mylosermind@yahoo.com
Lokasi kami adalah di Negeri Melaka.

Cerita lanjut boleh di baca di sini.

http://myqza.blogspot.com/2010/08/si...ah-makcik.html

Terima kasih.

anjeain 08-04-2010 11:28 PM

Re: Anak kucing DLH, DMH dan DSH yang tidak terurus! Please Adopt Them!
 
salam.. tediber... kesian nya saya tengkok kucing2 ni.. memang terserlah fizikal mereka nampak menyedihkan, kurus dan tak terurus. saya berminat nak adop jenis DLH atau DMH tapi owner dia bage ker? dah sebulan saya cari jenis ni untuk gantikan tempat anak saya si boboy (kucing DLH) yang dah mati. bukan saya memilih yang jenis bulu panjang tapi jenis DSH saya dah ada sepasang yang saya adopt dari sabak bernam. dalam sebulan ni dah hampir 10 owner yang offer nak let go saya call tapi semua dah di jual. harap sangat tediber boleh jadi orang tengah untuk saya. dua tiga ekor pun tak apa saya berbesar hati kalau dapat adopt. any news please telephone / sms saya 017-2350515 (aizat).

tediber 08-04-2010 11:36 PM

Re: Anak kucing DLH, DMH dan DSH yang tidak terurus! Please Adopt Them!
 
salam aizat,
boleh emel ke mylosermind@yahoo.com

Terima kasih.

Nur_illiyana 08-04-2010 11:37 PM

Re: Anak kucing DLH, DMH dan DSH yang tidak terurus! Please Adopt Them!
 
cik tedi,
serba salah pulak tak jadi ambil salah satu dari diorg ni.. {cry}{cry}{cry}
Harap2 ada yg baik hati dapat beri rumah baru kt diorg yg comel ni.

tediber 08-04-2010 11:44 PM

Re: Anak kucing DLH, DMH dan DSH yang tidak terurus! Please Adopt Them!
 
Quote:

Originally Posted by Nur_illiyana (Post 86548)
cik tedi,
serba salah pulak tak jadi ambil salah satu dari diorg ni.. {cry}{cry}{cry}
Harap2 ada yg baik hati dapat beri rumah baru kt diorg yg comel ni.

InsyaAllah illi,
Mungkin tuah mereka ada dgn orang lain.
tak dapat nak bayangkan macam mana mereka akan terima lebih kurang 8-9 adik-adik baru dlm masa 2-3 minggu lagi.

masing-masing tunggu hari bersalin.

PusaChomel 08-04-2010 11:45 PM

Re: Anak kucing DLH, DMH dan DSH yang tidak terurus! Please Adopt Them!
 
sian dorang nie..... kucing stray yg i jaga lagi gemuk dr dorang nie.... kalau DMH/DLH mesti ramai yg nak adopt.. insyallah akan jadi cantik mcm Neem jaga si Ton Ton... :)

tediber 08-04-2010 11:54 PM

Re: Anak kucing DLH, DMH dan DSH yang tidak terurus! Please Adopt Them!
 
Quote:

Originally Posted by PusaChomel (Post 86550)
sian dorang nie..... kucing stray yg i jaga lagi gemuk dr dorang nie.... kalau DMH/DLH mesti ramai yg nak adopt.. insyallah akan jadi cantik mcm Neem jaga si Ton Ton... :)

InsyaAllah. Harap-harap.

Terima kasih.

linda_gamble 08-05-2010 09:05 AM

Re: Anak kucing DLH, DMH dan DSH yang tidak terurus! Please Adopt Them!
 
tedi
sedeynya tengok keadaan mereka
semoga mereka semua mendapat penjagaan yang sempurna.
comel bangat mereka semuaaa
{muacks}{muacks}{muacks}{muacks}

adamyala 08-05-2010 10:50 AM

Re: Anak kucing DLH, DMH dan DSH yang tidak terurus! Please Adopt Them!
 
teddy...
comel semuanya
tapi kak zai risau ....
takut jatuh ke tgn org tak bertanggungjawab
nanti mereka jadi 'kittens mills' {cry}{cry}

mudah2an mereka dpt mama & papa yg bertanggungjawab

tediber 08-05-2010 12:12 PM

Re: Anak kucing DLH, DMH dan DSH yang tidak terurus! Please Adopt Them!
 
Quote:

Originally Posted by linda_gamble (Post 86558)
tedi
sedeynya tengok keadaan mereka
semoga mereka semua mendapat penjagaan yang sempurna.
comel bangat mereka semuaaa
{muacks}{muacks}{muacks}{muacks}

InsyaAllah lin, tgk interview beberapa orang yang berminat

tediber 08-05-2010 12:15 PM

Re: Anak kucing DLH, DMH dan DSH yang tidak terurus! Please Adopt Them!
 
Quote:

Originally Posted by adamyala (Post 86564)
teddy...
comel semuanya
tapi kak zai risau ....
takut jatuh ke tgn org tak bertanggungjawab
nanti mereka jadi 'kittens mills' {cry}{cry}

mudah2an mereka dpt mama & papa yg bertanggungjawab

kak zai, setuju tu. setakat ni 2 orang sahaja calon sesuai dari 4 yang memohon. {shy}

ada itu, bila tengok DLH terus mahu adopt tapi tiada pengalaman. Tidak bolehlah sebab kucing ini perlu penjagaan rapi dari mereka yang arif. :))

kalau kucing yang sudah besar panjang dan gemuk tiada masalah. :))

poyo 08-05-2010 01:20 PM

Re: Anak kucing DLH, DMH dan DSH yang tidak terurus! Please Adopt Them!
 
Aiseh, Melaka..... kalau kat K.L dh lama catnap sekor! Kesian lak kalau bwk dlm keta from Melaka - K.L, dah la sure 1st time naik kereta, drive jauh lak tu, sure takut + tertekan gile nye. :(

tediber 08-05-2010 01:43 PM

Re: Anak kucing DLH, DMH dan DSH yang tidak terurus! Please Adopt Them!
 
Quote:

Originally Posted by poyo (Post 86580)
Aiseh, Melaka..... kalau kat K.L dh lama catnap sekor! Kesian lak kalau bwk dlm keta from Melaka - K.L, dah la sure 1st time naik kereta, drive jauh lak tu, sure takut + tertekan gile nye. :(


yup. aku aku di Melaka. :))

tediber 08-05-2010 01:44 PM

Re: Anak kucing DLH, DMH dan DSH yang tidak terurus! Please Adopt Them!
 
kebetulan mereka datang bertandang lagi. foto-foto terbaru akan di kemaskini. :))

rozzygee 08-05-2010 02:10 PM

Re: Anak kucing DLH, DMH dan DSH yang tidak terurus! Please Adopt Them!
 
Quote:

Originally Posted by adamyala (Post 86564)
teddy...
comel semuanya
tapi kak zai risau ....
takut jatuh ke tgn org tak bertanggungjawab
nanti mereka jadi 'kittens mills'
{cry}{cry}

mudah2an mereka dpt mama & papa yg bertanggungjawab


Zai, Gee pun skrg rasanya dah dpt tangkap org yg berciri sebegitu. Geram ni.. Harap2 bukan lah. MAsih dalam siasatan
{angry}

tediber 08-07-2010 09:20 PM

Re: Anak kucing DLH, DMH dan DSH yang tidak terurus! Please Adopt Them!
 
Kemaskini gamar mereka. :))

http://i190.photobucket.com/albums/z33/tediber/w7.jpg

Kucing B

http://i190.photobucket.com/albums/z33/tediber/w6.jpg

Kucing B

Budak ini cantik. Badan Berisi. {good}

http://i190.photobucket.com/albums/z33/tediber/w2.jpg
Kucing C. Bulu panjang. {good}

http://i190.photobucket.com/albums/z33/tediber/w5.jpg
Kucing D

http://i190.photobucket.com/albums/z33/tediber/w8.jpg
Kucing D. Kelabu + putih {good}

http://i190.photobucket.com/albums/z33/tediber/w9.jpg
Emak mereka.Bukan untuk adoption .{shy}

http://i190.photobucket.com/albums/z33/tediber/w4.jpg

Mereka sekeluarga menjamu selera di rumah saya. {grin}

Adoption masih di buka untuk ketiga-tiga anak kucing .

Terima kasih.

June 08-08-2010 10:36 AM

Anak kucing DLH, DMH dan DSH yang tidak terurus! Please Adopt Them!
 
isk!! sayu ati akak nengok kucing ni.kurus dan tak terurus pdhal cantik klu dijaga betul betul. {cry}{cry}

tediber 08-08-2010 01:07 PM

Re: Anak kucing DLH, DMH dan DSH yang tidak terurus! Please Adopt Them!
 
Quote:

Originally Posted by June (Post 86720)
isk!! sayu ati akak nengok kucing ni.kurus dan tak terurus pdhal cantik klu dijaga betul betul. {cry}{cry}

a`alah kak June,
emak dia bunting lagi. Ada seekor di rumah tuan dia bunting. dan seekor lagi baru beranak.

poyo 08-09-2010 12:24 AM

Re: Anak kucing DLH, DMH dan DSH yang tidak terurus! Please Adopt Them!
 
Ala, kesian nye tgk diaorg.

yatielai 08-16-2010 12:28 PM

Re: Anak kucing DLH, DMH dan DSH yang tidak terurus! Please Adopt Them!
 
Salam Semua,

Adakah kitty nie still up for adoption...

Kalu masih ada plz pm I yer....

Yatie minat sgt.....

boleh sms atau call 0192463029

Thanks


All times are GMT +8. The time now is 11:06 PM.

Powered by vBulletin® Version 3.8.2
Copyright ©2000 - 2026, Jelsoft Enterprises Ltd.