PetFinder.my

PetFinder.my (https://forums.petfinder.my/index.php)
-   Pet Food (https://forums.petfinder.my/forumdisplay.php?f=95)
-   -   Blackwood di kawasan Perak dan Penang (https://forums.petfinder.my/showthread.php?t=5784)

hafiz90 06-13-2011 05:56 PM

Blackwood di kawasan Perak dan Penang
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Di sini ada berita gembira buat semua peminat kucing di bahagian utara Semenanjung Malaysia. Saya Hafiz berasal dan menetap di Perak. Setelah mendapat banyak maklum balas dari para pencinta kucing, saya telah memutuskan untuk membuka ruangan untuk menempah Blackwood bagi Adult dan Kitten.

Sebelum ini sukar untuk kita dapatkan stok di bahagian utara. Felix the cat telah memulakan Blackwood di Kuala Lumpur dengan baik dan seterusnya ada seorang sahabat juga yang telah memperluaskan pasaran Blackwood di bahagian selatan.

Harga adalah seperti berikut:

Blackwood Adult:

24 kg (original pack) = RM250
1 kg (re-pack) = RM11


Blackwood Kitten:

24 kg (original pack) = RM330
1 kg (re-pack) = RM14.50


*Harga tidak termasuk penghantaran

Stok pertama insyaallah akan tiba pada minggu kedua bulan Julai. Sila maklumkan kepada saya segera.

Bagi sesiapa yang berminat boleh menyatakan order anda di dalam thread ini. Sekian, terima kasih. {wink}

hafiz90 06-15-2011 03:39 AM

Re: Blackwood di kawasan Perak dan Penang
 
order dibuka sekarang{high}{high}{high}{high}{high}

hafiz90 06-15-2011 03:43 AM

Re: Blackwood di kawasan Perak dan Penang
 
Macam mana nak order?

Kami menyediakan cara yang mudah untuk anda iaitu:-

1. Kami akan membuka order sebulan sekali. Order mestilah di buat dalam jangka masa yang di tetapkan

2. Sila buat bayaran sebelum 'due date'

3. Ketibaan stok akan dimaklumkan kepada anda melalui blog ini

contohnya:

kami membuka tarikh order pada 15 Jun 2011. Anda boleh menyatakan order di dalam blog ini. 30 Jun 2011 order ditutup. Bayaran hendaklah dimasukkan ke dalam akaun yang dinyatakan sebelum due date (30 Jun 2011). Stok akan anda terima pada minggu kedua Julai

4. Anda boleh membuat order melalui beberapa cara:
i. Nyatakan order anda di dalam blog ini
http://mychildblackwood.blogspot.com/ (e.g. 5kg adult = RM55)
ii. Maklumkan saya melalui emel hafizblackwood@yahoo.com
iii. Maklumkan melalui facebook 'hafiz blackwood'

5. Konsepnya adalah on sharing-basis untuk harga yang lebih murah...

6. Pick-up stock boleh di buat di rumah saya di Seri Iskandar, Perak (Laluan Highway Ipoh-Lumut). Bagi pek 1kg kami memudahkan anda dengan re-pack BW cat food di dalam plastik.

7. Pick-up juga boleh dilakukan di Parit Buntar

8. Tempat pick up lain berdekatan juga boleh dipertimbangkan

9. Jarak yang lebih jauh boleh dibincang tetapi atas kadar caj pengangkutan tertentu (maklumkan pada kami)

10. Sebarang pembatalan hendaklah dimaklumkan segera selewat-lewatnya 1 minggu sebelum tarikh tutup order.

11. Kami hanya melayan serious buyer. Nama anda boleh dilabelkan blacklist oleh pihak kami jika anda tidak serius dalam urus niaga jual beli

12. Kami juga melakukan transaksi melalui kiriman pos (biayaan pos ditanggung oleh pembeli)

Terima kasih

hafiz90 06-17-2011 04:20 PM

Re: Blackwood di kawasan Perak dan Penang
 
kenapa ramai yang tengok2 je?

malu ke nak masuk???{grin}

tediber 06-19-2011 02:58 PM

Re: Blackwood di kawasan Perak dan Penang
 
Salam Hafiz,
saya akan cuba tolong war-warkan di
page FB 'Kucing Terbiar & Anjing Jalalan.'

Manalah tahu ada ahli kami yang berminat!

Terima kasih!{victory}

hafiz90 06-19-2011 05:39 PM

Re: Blackwood di kawasan Perak dan Penang
 
Quote:

Originally Posted by tediber (Post 96325)
Salam Hafiz,
saya akan cuba tolong war-warkan di
page FB 'Kucing Terbiar & Anjing Jalalan.'

Manalah tahu ada ahli kami yang berminat!

Terima kasih!{victory}

thank you tedibear
you're the first person who response to my thread
{cry}{cry}{cry}{cry}{cry}


All times are GMT +8. The time now is 12:57 AM.

Powered by vBulletin® Version 3.8.2
Copyright ©2000 - 2026, Jelsoft Enterprises Ltd.