![]() |
Penjagaan selepas kembiri/neuter
Hai semua..akhirnya saya ambil keputusan untukk mengembiri kucing betina saya..Semuanya berjalan dengan lancar dan kucing saya juga dalam keadaan selamat. Tapi saya nak bantuan semua sifu-sifu yang ada dalam group ini untuk memberi tunjuk ajar cara-cara penjagaan selepasnya.
1. Bila bawa balik, kucing macam pening lalat dan muntah dan asyik tidur.. Kenapa? 2. Sudah 2 hari kucing saya tak makan. Normal atau tidak?..kalau tidak apa kesannya pada kucing..dan bagaimana nak mengatasinya.. 3. Kucing juga nampak macam kurang minum tapi ada kencing juga.. Tolonglah saya..risau pulak dah ni..{sweat} |
Re: Penjagaan selepas kembiri/neuter
Cepat bawa ke vet. Kenapa ada muntah muntah? Ia tidak sepatutnya terjadi begini. Dan kedua, kuching juga perlu banyak minum air. Dia nampak kurang minum mungkin kerana sakit. Go check and seek opinion from vet.
|
Re: Penjagaan selepas kembiri/neuter
kalau pening2 after effect dari bius tu normal laa, tapi kalau muntah2 tuh that can't be good.
Saya dah neutered all 12 of my cats, x de pulak masalah macam ni. Makan tu mungkin kalau sehari x makan masih ok, sebab sakit operation tu masih ada, tapi nak kena pantau gak, kalau dia ada minum ok lagi. |
Re: Penjagaan selepas kembiri/neuter
Thanks to sifus coz bg opinion..kucing sy dah tak muntah lagi..dah mau makan tapi sikit je laa..tapi at least dia makan..itu dah kira baik..so brape lama saya nak kurung ia dalam sangkar?..skrg ia mcm kuat tidur..effect bius lagi ke memang macam tu..sebenarnya masa neuter tu, lepas di check kucing saya di dapati ada kanser..saya tak ingat vet tu cakap..berbelit belit lidah saya nak sebut..hehe..katanya mungkin sebab bagi ubat perancang secara berpanjangan..saya tak pernah bagi..tak tau laa tuan lama ia bagi..so conclusionnya saya rasa bersyukur sbb Tuhan gerakkan hati saya untuk hantar ke vet..secara tak langsung boleh tau penyakit bahayanya dan dah berjaya dibuang sebelum merebak..macam mana nak menggalakkan kucing saya makan dengan banyak?..dah kurus laa plak..
|
Re: Penjagaan selepas kembiri/neuter
Quote:
|
| All times are GMT +8. The time now is 06:04 AM. |
Powered by vBulletin® Version 3.8.2
Copyright ©2000 - 2026, Jelsoft Enterprises Ltd.