letak rug getah cam yang kita selalu letak kat pintu untuk buang pasir pada kasut tu kat depan litterbox tu. Bila kucing jalan atas rug tu, pasir akan terperangkap pada rug. Itu kalau dia dengan sopan pijak rug tu tapi biasanya kucing akan mengelak rug dan melompat, menyebabkan pasir berterabur lebih jauh.
Bagi akulah, dalam kes cam nih, aku tak dapat nak elak 100% benda alah berterabur ni. Aku guna DIY litter dari kertas, mana yang terkeluar dari litterbox masa kucing melompat keluar amat kurang. Kalau adapun, ketul-ketul kering yang senang dikutip dan masuk balik ke litterbox. Kalau dah basah ia berat dan tak melekat pada kaki kucing. Kalau aku malas nak kutip, aku sepak jer ke bawah litterbox, hujung minggu baru aku vakum.
Cuma masalahnya, litter kertas ni ringan dan litterbox mudah terbalik terutama sekali litterbox aku yang dalam cage. Kucing suka bertengek di atas rim menyebabkan is terbalik. Kucing siam aku lak, kalau melepas suka empat-empat kaki balance atas rim, mana tak tersungkur.