Mengharapkan Pertolongan.....
Saya buntu dan tak tahu untuk membuat keputusan......saya sangat2 mengharapkan pendapat dari forumer semua yang sudi menolong saya....
Hari Isnin malam tiba2 Rain diserang sawan.........sebelum ni dia tak pernah kena sawan......kalau sakit hanya keluar air liur dengan banyak akhir lembik dan tak bermaya jika dimasukkan keward masuk air dia akan sihat seperti biasa..........
tetapi serangan kali ni amat berbeza iaitu sawan........puncanya dia terkejut dan terus melompat2 dan berlari tanpa arah tujuan dengan pantas dan laju.....dia akan langgar apa saja yang berada didepan dia...........perabot , dinding ,pintu dan apa saja yang ada.......
saya panik tak tahu apa yang harus saya lakukan dan juga ketakutan, takut kerana pelanggaran yang kuat akan menyebab kesakitan dan bermacam2 injury pada dia......
saya telepon Dr Lim dari BabyPet dia suruh saya tangkap Rain dengan menggunakan towel dan pelok dia supaya rasa terkejut dan ketakutan dia hilang......
saya berjaya lakukan dan dia kembali tenang tapi seluruh anggota badan dia menggeletar dengan kuat sekali......saya menanggis sambil memelok dia.
saya ingat pekara ni akan habis selepas itu .....sebab ketika tu semua klinik sudah tutup........saya silap apabila pekara tu berulang kembali pada pukul 2pagi.......bayangkan la hanya satu malam saja 5 kali dia kena sawan......
Saya pelok dia cuba tenteramkan dia semampu yang saya boleh buat........
Ya Allah Ya tuhanku badan dia terlalu panas sehingga nafasnya dapat berbau kepanasan badan dia........saya suap air kosong setiap setengah jam sekali....
Saya langsung tak dapat melelapkan mata walaupun sekejap sebab bimbangkan dia......
kuku kaki dia tercabut kesemua sekali semasa dia berlari dan melompat2 hidung , kepala dia juga berdarah sebab terlanggar segala barang......
Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya pada ketika itu .....sehingga saya mengigil macam dia....
Esoknya pagi2 lagi saya berada didepan puntu klinik UPM, Alangkah hancurnya hati saya bila doktor kata dia tak boleh buat apa2.....sebab sindrom penyakit dia memang macam tu....saya kena terima.......bila dia kena attack saya kena tenteramkan dia sebaik yang boleh.............tak ada apa ubat yang diberi....
saya balik dan sepanjang perjalanan saya menanggis mengenangkan nasib Rain.....
Pukul 10pagi BabyPet buka saya dah berada depan pintu dia......Dr lim cakap sebab darah dalam badan tak cukup untuk dipam keotak memang dia akan jadi macam tu bila ada pekara yang menyebabkan dia terkejut atau takut.
Rain memang ada penyakit genetik........pengaliran darah kehatinya tidak betul.....satu saluran darah yang sepatutnya mengalirkan darah kehatinya tersumbat......disebabkan viral infection dari ibunya.
Doktor cuba mengurangkan mengigil dia......dan saya tinggalkan dia supaya doktor boleh pantau perkembangan dia......
Saya pergi kerja sepaeruh hari...........hati dan perasaan saya hanya teringat dia ......saya call ramai doktor untuk bertanya pendapat.
Ada yang berpendapat lebih baik bagi dia tido untuk selama2nya dan ada yang berpendapat ada ubat yang boleh bagi dia bertahan tetapi tak lama kalau mampu bertahan pun mungkin lebih kurang dalam setahun lagi.
tetapi saya sentiasa kena bersedia sebab peringkat ini dia tidak boleh stress,
Jika stress dia akan diserang sawan kembali......
Tetapi ramai yang suruh saya bagi dia tido......saya betul2 buntu dan tak tahu yang mana satu harus saya pilih.........
Bayangkan saya memandu dan membawa dia untuk diambil nyawanya dan kemudian membawa dia kembali dengan tidak bernyawa lagi........
Saya tak dapat memikirkan pekara ni..........sebab bila dia tidak diserang sawan dia o.k bila saya panggil dia akan memandang saya dengan mata bulatnya dan berjalan datang kepada saya.
masih boleh makan dan minum.........tapi bila diserang sawan masa saya ada dirumah mungkin tak apa tapi bagaimana bila waktu saya bekerja......mungkin ini akan mengyebabkan injury pada dia.
saya sangat2 sayang pada dia..........tetepi kesian melihat nasib dia.....saya tak mahu dia sakit..........dan pada masa yng sama belum bersedia kehilangan dia...APA YANG HARUS SAYA LAKUKAN TOLONG LA.....
|