View Single Post
  #3  
Old 02-18-2009, 03:11 PM
abgraldo abgraldo is offline
Banned
 
Join Date: Aug 2008
Posts: 1,931
Rep Power: 0
abgraldo is an unknown quantity at this point
Default Re: Mengharapkan Pertolongan.....

Salam BYJ,
Sedih Pakcu dengar kisah Rain tu, mengalir air mata Pakcu..... Macamanapun, Pakcu cubalah bagi pandangan Pakcu, walaupun berat tapi rasanya berat lagi BYJ yang melihat dan terangat berat lagi pada Rain yang memikulnya.
Disebabkan sawan ni adalah berpunca dari genetic disease `Dr lim cakap sebab darah dalam badan tak cukup untuk dipam keotak memang dia akan jadi macam tu bila ada pekara yang menyebabkan dia terkejut atau takut.
Rain memang ada penyakit genetik........pengaliran darah kehatinya tidak betul.....satu saluran darah yang sepatutnya mengalirkan darah kehatinya tersumbat......disebabkan viral infection dari ibunya.'
, so tiada lagi ubat atau rawatan yang boleh menyembuhkannya, kecuali melalui pembedahan memperbetulkan saluran darahnya (tak tau la Pakcu kalau pembedahan sebegini ada dilakukan di Malaysia...). Ubat dan drugs yang ada, yang dicadangkan hanyalah untuk mengawal dan menenangkan Rain untuk tempoh waktu yang singkat, dan bukan untuk menyembuhkannya.
BYJ, sungguhpun kasih sayang u terhadap Rain sangat dalam, tapi ingatlah semua benda hidup di dunia ni bersifat sementara. Lama kelamaan semua kan mati. Kita semua hanya berusaha dan cuba mendapatkan kematian dalam keadaan yang tenang dan tidak tersiksa. Untuk itu, Pakcu rasa kalau BYJ sayangkan Rain, relakan lah Rain pergi dengan tenang. Kalau Rain bole bercakap, rasanya dier pun akan mahu pergi dengan tenang dan tak sanggup rasanya die menderita kesakitan. Allah dah lihat akan keikhlasan BYJ dalam menjaga Rain dan sudah tentu kini giliranNYA pula untuk menjaga Rain. BYJ sudah melakukan apa saja yang terdaya dan kini biarlah Allah pula menggantikan tempat itu untuk menjaga Rain. Sesungguhnya, Rain tentu lebih bahagia di samping NYA.
Ini pendapat Pakcu dan diharapkan BYJ memikirkannya k. Salam Pakcu utk BYJ dan diharapkan sentiasa tabah dan tenang di har-hari mendatang.
Reply With Quote