Quote:
Originally Posted by euanna
FK.. ada 4-in-1, 3-in-1, 2-in-1 vaccination?? Apa tu? macam mana tu? Explain sikit.. maklumla.. saya ni bela kucing baru 4 bulan.. tak tau sangat...

|
Euanna, you see, ada terdapat beberapa common killer viruses in kittens and cats seperti rhinotracheitis/herpesvirus, calicivirus dan panleukopenia.
Vaksin utk melindungi kucing kita daripada setiap jenis virus ini boleh di beri satu persatu secara berasingan kepada kucing utk setiap jenis virus (macam you minum teh kosong dulu, pastu teguk air gula lepas tu minum susu ... leybey macam tu la ... minum banyak kali secara berasingan) ataupun kombinasi (makna you bancuh air dengan teh dengan gula dengan shushu ... dan sekali minum ... sorry, ya Euanna, saya dok seronok jadi operator kedai mamak kejap ...

).
Jadi, the 4-in-1 vaccine yang mengandungi virus mati/killed virus adalah merupakan kombinasi 4 jenis vaksin utk lindungi daripada 4 jenis penyakit. Jadi, one shot does it all, cakap orang putih .... and repeat in 3-4 weeks.
Ada juga 3-in-1 yg lebih murah.
Ada juga yang 5-in-1 tapi oleh kerana masih ada controversi mengenai kemujaraban sebenar suntikan ini apabila disuntik sekali gus sebagai kombinasi, maka vet saya yg rajin update pengetahuan beliau dalam bidang kepakarannya menasihatkan to just go for the 4-in-1, and ignore the 5-in-1.
Jelas tak penerangan saya ni, Euanna? Maklumlah, baru kenyang makan mata ngantuk dan otak pun slow sikit ...
