Semua kucing boleh dikurung punya, kawan ... cuma stengah kucing kurang biasa/menerima dirinya dikurung pada peringkat awal, terutamanya kalau diletak dalam sangkar yg kecil.
Mengurung kucing memang amat perlu demi kebaikan dan keselamatan kucing tersebut tak kira 24/7 atau sekejap-sekejab mcm waktu malam sahaja ataupun waktu malam dan siang semasa kita tiada di rumah ataupun semasa dia sakit/cedera bagi menghadkan pergerakannya sehingga kecederaan/penyakit sembuh dengan sempurna.
Sekiranya kucing tersebut yg kuat memprotes keadaan dirinya dikurung, salah satu perkara yg dapat dilaksanakan adalah dengan membekalkan sangkar yg besar supaya beliau dapat ruang mencukupi utk bergerak dengan selesa.
Sangkar besar jenis 3-tier utk kucing dewasa adalah baik walaupun kucing hanya seekor sahaja.
Bagi menghilangkan kebosanan, letakkan bola pingpong, bola berloceng, kotak kecil, papan kasar utk garuan dan sebagainya ke dalam sangkar.
Kalau tidak dikurung, saya rasa kucing seumpama tu kemungkinan besar akan lesap tak lama lagi ...