Quote:
Originally Posted by FurKids
Kuntum, tak semestinya kalau kita disinfect alat-alat dan persekitaran tempat kucing hari-hari dan beberapa kali sehari kita akan dapat 100% menjamin mencegah penyebaran virus. Dan vaccine FeLV juga tidak dapat menjamin 100% kucing dilindungi daripada penyakit ini. Satu lagi perkara yg kini dalam perhatian adalah pertumbuhan tumour dalam badan kucing yg diberi vaksin FeLV. FeLV bukan suatu penyakit keturunan melalui genetics tetapi boleh dijangkit melalui ibu yg mengandungi kepada anak dalam kandungan. Virus (begitu juga bakteria) juga telah menjadi resistant kepada kebanyakan jenis disinfectant dan kegunaan disinfectant perlu amat teliti kerana ianya sangat toksik utk kucing dan perlu dibilas secukupnya.Saya kurang faham kenapa Kuntum rasa hairan kucing sumber daripada breeder boleh kena penyakit dan tidak hairan utk strays sebab saya ada jumpa banyak strays yg bersih, comel dan sihat tapi kucing dari breeders yg nampak kotor dan berpenyakit, mata merah berair, bengkak dan merah, telinga kotor tak terhingga. Vet saya selalu cakap my strays nampak lebih bersih dan sihat daripada kucing lain.
|
Mungkin Furkids salah faham, apa yang saya tulis tu, just nak bagitahu, macam mana pun kita jaga, kalau dah nak kena ia berjangkit juga. Cuma saya nak stress kan je, kita kena ada precaution. Kebersihan mesti diutamakan. Pasal genetics tu, maybe yang saya maksudkan ialah, daripada ibu yang kucing yang memang dah ada kuman tu. Betol la apa yang furkids cakap tu.
Pasal strays pulak, please don't misqoute me, I pun ambik strays tepi jalan....tolong faham betol2...I just ulas apa Pakcu kata, sebab dia consern pada sapa2 yang cadang nak adopt strays tu, kena terus hantar ke vet dulu. Yelah furkidz tahu ke history stray, or ibu stray sebelum kita adopt dia. Just an extra precaution. Mungkin saya dan furkids lucky, dapat kucing stray yang healthy. Unlike yang breeder yang betol2 bertanggungjawab, at least dia tahu serba sedikit pasal medical records kucing tu. Saya cakap macam tu, sebab kucing2 mama saya yang mati tu ada cert. Itu je...just my two cents!