tolong saya,saya dh buntu..
saya mengharapkan pertolongan dari anda semua..
kucing saya,baka kucing biasa.makan friskies.kucing saya,jarang mengalami masalah kesihatan seperti cirit birit,demam.2mggu lepas,dia mengalami muntah2 dan saya perhatikan dia muntahkan balik makanan yang dia telah makan.bila tak selera makan,dia muntahkan macam lendir jernih dan diikuti cirit birit.bila saya bawa ke vet,doc di sana mungkin sebab cacing..bagi makan ubat cacing dan di beri suntikan..
tapi keadaannya masih tidak berubah.lepas makan muntah2.memang tidak berselera langsung untuk makan dan minum.saya terpaksa menghancurkan friskies dan campur dengan air glukosa dan pam ke dlm mulut dia itupun secara paksa.cuma sedikit sahaja yang dia boleh telan.tapi selang setengah jam,mesti dia muntahkan balik..
2hari yang lepas,saya ke vet lagi..diberi 2suntikan.saya tidak pasti,apa suntikan yang doktor telah suntik.cuma doktor tu ada cakap,kucing saya dah sakit teruk cuma menunggu ajal sahaja...
hari ini,kesihatannya masih tidak berubah.dah kurus kering,nak berjalan pn dah tak bermaya..
tolonglah saya,apa yang harus saya buat..saya tidak sanggup melihat dia terseksa..
|