Re: Kenapa kucing saya tidak suka dipegang??
Terima kasih Nur ......Saya dah buat lidi ikat ribbon dan ajak dia main . Memang lah mereka berdua seronok bila bermain dengan saya mempermainkan mereka. Tetapi bila pegang sekejap .. tak sampai seminit dah meronta ronta nak turun.. siap cakar dan gigit tangan saya untuk lepaskan diri.
Tetapi bila saya kebelakang rumah untuk menyapu sampah mereka berdua akan bekejar serta berlari mengikut. Saya tahu tujuan mereka ... nak memanjat pokok yang terdapat dibelakang rumah ,,seperti pokok rambutan dan pokok kelapa sambil mengasah kuku.... sambil mengendap serangga serangga untuk bermain.
Yang saya heran makan nya banyak tapi montel nye tak ade. Mungkin jenisnya memang macam itu agaknya. Nak load gambar mereka untuk kongsi bersama tak reti pulak..
|