View Single Post
  #123  
Old 09-07-2009, 09:15 PM
adamyala's Avatar
adamyala adamyala is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Sep 2008
Location: damansara
Posts: 2,597
Rep Power: 20
adamyala is on a distinguished road
Default Re: Kenapa kucing saya tidak suka dipegang??

salam Pak Lubis,
Alhamdulillah....dengan rezeki yang ada, selamat kita berbuka puasa hari ini. Tapi bagaimana dengan meow2 yang di luar sana ? Yang dibuang dan ditinggalkan dijalanan? Setiap kali saya beri makan kucing2 saya di rumah, adam yaya, kissy dan fruti saya terbayangkan kucing2 yang saya jumpa di tepi jalan, di tepi longkang dan di pasar pagi tadi. Sudahkah mereka makan? atau apakah mereka masih kelaparan, mengharap belas kasihan untuk meneruskan hidup ?

saya cuma berikan pandangan peribadi saya. Dan meluahkan perasaan saya sahaja. Terpulanglah pada yang membaca. Sebagai seorang Islam, sudah tentu faham apa makna hukum harus, wajib dan haram di dalam Islam, jadi tidak perlu lah saya huraikan di sini lagi. Nanti ada pulak yang kata saya nak jadi ustazah, buka kelas agama pulak.

kita berada di Petfinder, sebuah forum yang membincangkan haiwan kesayangan, atau orang puteh cakap 'pets'. Jadi , saya tidak mahu menyentuh soal mereka yang kesusahan dan kelaparan di palestine, afghanistan dan yang sewaktu dengannya di sini, walaupun saya memang mengikuti perkembangan di sana. Setiap isu ada tempat dan forum yang sesuai untuk membincangkan hal2 yang berkaitan.

jika Pak Lubis berpendapat saya terlalu emosi, memang saya mengaku memang beremosi bila bercakap tentang kucing, haiwan yang sangat saya sayangi. Kalau termampu memang saya kutip kesemua kucing dijalanan dan saya berikan tempat tinggal dan hidup yang lebih sempurna dan bahagia. Namun apa lah daya saya....yang serba kekurangan juga.....akan saya buat sekadar termampu.....insyaAllah.....
Reply With Quote