Quote:
Originally Posted by Fareen
Hantar grooming kena careful Crool. Better kalau ada orang yang recommend.
Some tips, do check diorang pakai dryer apa. Kadang2 ada yang pakai hairdryer biasa je. Baik tak yah! Lagi satu, kalau kucing you Persian and ada matting, you better sikat the bulu first especially kat bahagian perut dan bawah errr ketiak dia tu sbb kadang2 groomer tak sabar, habis dia tariknya.
Kadang2 kucing kita tak suka di groom especially oleh strangers, so dia start buat perangai. So, kalau groomer tu tak sabar, haihhh kucing kita yang jadik mangsa!
|
Memang, Fareen, yg tak bertanggungjawab tu akan drug your cat supaya tidak melawan dan senang mereka nak handle. Pastu ada pula yg guna bahan utk anjing seperti syampoo yg tidak disyorkan selamat utk kucing. Sebenarnya, ramai tuan punyer kucing tidak tahu langsung apa yg sebenarnya berlaku terhadap kucing kesayangan mereka di belakang pintu kedai grooming selain daripada treatment "grooming".