View Single Post
  #58  
Old 11-27-2009, 03:33 AM
Zarul's Avatar
Zarul Zarul is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Jan 2009
Posts: 1,249
Rep Power: 18
Zarul is on a distinguished road
Default Re: org tamak duit..........

[QUOTE=Lyn_Cat;69010]

Luahan hati seseorang...


Originally uploaded by andhika tharuna. citer pasal kucing ni, aku tokleh ingat satu insiden yang menimpa aku awal bulan mei yang lepas. masa tu aku dalam perjalanan pi jalan bukit bintang dalam hujan lebat. aku singgah shell kat situ nak isi minyak. sebelum sampai shell, aku nampak satu skuter yang penuh ngan kucing dalam ujan lebat tu. eh! aku kenal ler orang tu, dia ada kuar dalam majalah mastika! maskot bukit bintang! jerit aku ngan 2 orang member yang ada dalam kereta. secara kebetulan si penunggang skuter tu ngan kucing2 nyer pun singgah di stesyen minyak tu jugak, mungkin sebab nak tunggu hujan teduh kot... aku tengok ramai orang kat situ memandang kucing2 tu dgn penuh minat & excited sekali! lepas isi minyak, aku cuba mendekati kucing2 tu... tup2 dgn tak disangka2, owner kucing tu menengking aku dgn suara yg amat keras. DON'T DISTURB! terkejut aku! apa salah aku? aku baru nak tegur jer kucing2 dia dah kena herdik macam tu sekali?! masa tu aku rasa malu sgt, org sekeliling semua pandang aku. kawan2 aku yg berada kat kereta pun tercengang. kalau tak beri sentuh atau tegur kucing2 dia pun, janganlah sampai macam tu sekali marahnyer... kita kan rakyat malaysia, terkenal ngan adab sopan... tak boleh ker tegur dgn secara baik? ermmm... nilah orang kita, baru terkenal sikit, hidung dah tinggi sejengkal...

posted by andhika tharuna @ 4:42 PM

Mungkin dia risau jika budak ni gi sentuh2 kucing tu di dapati kucing tu mamai2 tak aktif seperti kucing yg normal
3 Comments:
At 4:58 AM , Jamil kucing said...

Assalamualaikum,

Terlebih dahulu jamil memohon maaf jika jamil memalukan sdr,kalau kata kerana sudah terkenal jamil hidung tinggi munking sdr silap. kerana sdr tidak begitu kenal dengan jamil, ada beberapa sebab mungkin jamil begitu, 1) mungkin waktu itu jamil dalam keadaan tertekan , 2 ) kalau cakap stesyen minyak shell jln ke bukit bintang itu ia meninggalkan satu pengalaman yg tidak dapat jamil lupakan kerana di stesyen itu lah salah satu kucing jamil shakidi telah di curi sewaktu jamil membayar duit minyak, jadi mula hari itulah jamil tak benarkan sesiapa pun mendekati kucing jamil waktu jamil mengisi minyak, 3) jamil takut kucing jamil terperanjat dengan kehadiran orang yg tidak di kenali.cuba bayangkan jika mereka tiba-tiba terjun dari motor dan ada pula kereta yang lalu bagaimana, jadi jamil harap sdr jangan salah anggap tentang diri jamil, kalau nak memegang atau bermain datang saja ke bukit bintang jamil tidak pernah memarahi sesiapa bermain dengan kucing jamil pasal dis ana mereka tahu mereka akan di belai oleh orang ramai, akhir kata dari jamil don't judge the book by it cover k.
from jamilkucing[/QUOTE
pelik lak....kat bukit bintang tak pe nak pegang2 kucing dia tak kan terkejut walau pun dipegang oleh org yg tidak dikenali tapi kat tempat lain tak leh?
Reply With Quote