Jiran Yang Kejam
Oleh kerana seekor kucing (bukan kucingnya) telah memakan anak ayamnya, jiran saya membuang kucing tersebut ke tempat lain.
Sehari selepas itu saya kedengaran suara anak2 kucing di belakang rumahnya yg kebetulan bertentangan dengan belakang rumah saya. Saya memberitahu jiran tersebut dan kami sama2 mencari dan menjumpai empat ekor anak kucing yg dianggar berumur antara 7 hingga 10 hari kerana tali pusat sudah tanggal dan mata telah terbuka tetapi jalannya masih tidak stabil.
Saya berpendapat anak2 kucing ini adalah anak pada kucing yg dibuangnya pada hari sebelumnya.
Dia mula mengambil guni untuk membuang anak2 kucing itu. Alangkah kejamnya.. Sehari sebelum buang ibunya dan sekarang anak2nya pula nak dibuang.
Dengan penuh rasa simpati saya menawarkan diri utk mengambilnya. Lebìh baik anak kucing tersebut saya jaga dari dibuang tak menentu.
Saya hanya bertawakal kerana ramai orang kata kucing baru lahir tanpa ibu agak susah untuk hidup lama.
Hari pertama dan kedua saya beri anak2 kucing ini dgn susu kambing yg dibeli.. Mahalnya .125ml.. 5 ringgit dan 2 syringe percuma.
Ini hari saya beli susu tepong khas utk anak kucing untuk diberi pada kucing2 pada esok hari kerana stock susu kambing telah habis.
Harap semua PF member mendoakan supaya anak2 kucing tsbt panjang umur. Saya akan buat sebaik mungkin utk menjaga dan seterusnya ditawarkan utk diadopt
|