
09-07-2008, 02:17 PM
|
 |
:: PetFinder Student ::
|
|
Join Date: Aug 2008
Location: .:: Bdr Baru Bangi, Selangor ::.
Posts: 1,208
Rep Power: 0
|
|
Re: Apa juadah yang di makan... .:: Resepi: Murtabak Mee Maggi ::.
.:: MURTABAK MEE MAGGI ::.
Bahan-Bahan:
Sedikit isi daging/udang/ayam ( potong kecil)
1 ulas bawang putih } diketuk & cincang
1 labu bawang besar } potong dadu
3 @ 4 biji cili padi } dihiris kecil *kalau nk pedas lg, tambah lagi cili padi tu...
Sedikit sayur campur
1 peket Maggi (perisa kari @ up to you) - rebuskan mee maggi dalam air mendidih hingga lembut, kemudian toskan.
2 biji telur
Secubit garam
Adunan A :
* campur sebati mee maggi bersama garam dan telur yang telah dipukul.
Cara: - Tumis bawang putih hingga kekuningan.
- Masukkan isi daging/ayam/udang. Masak sehingga empuk.
- Kemudian masukkan cili padi,sayur campur,bawang besar dan perencah Mee Maggi.
- Kacau sebati. Bila dah masak angkat dan tuangkan ke dalam adunan A. Gaul sebati adunan tersebut.
- Kemudian goreng adunan tersebut di atas kuali leper seperti menggoreng telur dadar. Hanya sedikit minyak sahaja digunakan untuk menggoreng.
- Kalau nak garing, goreng lama sedikit sampai garing. Up to you ler....
Cadangan Hidangan:
Murtabak maggi ini elok dimakan dengan sos cili. Hanya curahkan sos cili di atas murtabak. Sedap dimakan sewaktu panas.
Tambahan:
Perencah Mee Maggi telah tersedia dalam peket bersama Mee Maggi.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Menu Berbuka Hari Ini:
Murtabak Mee Maggi ler... (Tp pakai brand CINTAN. Ahakz!!!)
Nasi Putih
Telur Masak Kicap
Air Milo ais
__________________
~ Mr & Mrs Mondok ~
~ Cipom & Puteh ~
|