Quote:
Originally Posted by hhplover
Saya kurang bersetuju dengan tindakan sebegini. Lihat apa dah jadi dengan show ini. Ini disebabkan kebanyakan kita hanya tunggu dan lihat dan membiarkan dia (Presiden) buat sesuka hati, akibatnya :-
1. Pengorganisasian Cat Show mendapat nama buruk di pandangan antarabangsa (TICA International Judge)
2. Show di tempat yang sempit dan tidak sepertimana dijanjikan
3. Mana dia 6 rings? Mana dia 6 kategori HHP?
4. Status `International' Cat Show Malaysia menjadi standard National
5. Pengurusan show yang tidak terurus dan mengelirukan
6. Cats Eye dan IAMS kecewa dengan venue dan promosi show yang kurang, menyebabkan kurangnya pengunjung, membuatkan organisasi lain akan sukar mendapatkan penajaan untuk cat show yang lain.
7. Ramai peserta merasa tertipu
Masalahnya, ramai dari kita yang menutup sebelah mata tentang kepincangan di atas. Saya tak menyalahkan mereka, kerana pada mereka, asal ada show itu sudah dikira cukup baik. Ada di antara mereka yang tidak menyokong Ismail secara peribadi, tetapi disebabkan mahukan show, mereka membela Ismail membuta tuli.
Saya setuju.
Luncai = Ismail
Labu = Adik beradik dan sedara mara Ismail
Labi = MCFA members and adhoc committee members
Saya setuju membiarkan luncai terjun dengan labunya, tetapi saya tak sanggup melihat labi sama-sama terjun. Terus terang saya katakan saya sayang MCFA dan akan terus menyokongnya, tapi saya tak rela diperbodohkan atau ditipu oleh luncai dan labunya. Di sebabkan oleh Ismail, kita sama-sama bertelagah dan bermasam muka dan semua orang menjadi kalah dalam hal ini, kecuali Ismail dan kedainya yang akan jadi pemenang. Oleh itu, saya benar-benar berharap semua labi-labi di Malaysia (termasuk saya) sedar akan hal ini, dan bersatu lakukan sesuatu bagi menaikkan imej Malaysia Cat Show di mata dunia. Jangan tunggu dan lihat, kerana akibat buruk bukan saja pada kita tetapi pada kawan-kawan kita dan seluruh pencinta kucing di Malaysia.
|
bukan apa. telah banyak yang di bincangkan mengenai presiden mcfa itu namun masih ada lagi yg mempertahankan beliau.
saya sebagai org luar hanya mampu menunggu dan lihat sahaja sama ada mcfa akan terus bertahan atau mengalami nasib yang sama seperti sebuah kelab kucing tak lama dahulu.
kepada ahli2 kelab saya nasihatkan agar meminta agm di adakan supaya semua persoalan terutama dari segi pengurusan kewangan dapat di bentangkan kepada semua yang menjadi ahli.