Kesian Peterpan. Bila balik dari HK hari tu,tengok dia tak mau makan,monyok. Risau juga.Ingatkan apa. Bawa pergi vet,buat blood test,scan,medical check up dan tengok tengok dia kena gingivitis kesan dari Feline Leukemia dia. Stress sangat dan separation anxiety dengan kita orang sampai sakit.

Sejak dari hari tu dia makan disuap. Kalau tak disuap dia tak akan makan sendiri. Doctor bagi ubat untuk gingivitis dia. Kena scaling lagi dia. 2 hari selepas tu bawa dia pulang & nurse him back. Tiap tiap malam kena tidur dengan muka kami kena mengadap muka dia. Kalau tak dia mengiau kuat kuat macam takut sangat kami akan tinggalkan dia. Macam jaga baby pula. Mana kami pergi dalam rumah tu asyik mengekor saja.
Lepas tu bawa dia pergi Reiki kat Pet Epicure 2 weeks before Raya. Olivia (adik Alicia) cadangkan Peterpan dibawa untuk acupuncture dengan Dr Susanna Brida Hofherr (Dr minah salleh). So far dah pergi 2 kali. Dia kena lengkapkan 5 kali session baru nampak hasilnya.
Tapi beberapa hari ini nampak Peterpan dah tak makan bersuap lagi. Dia dah makan sendiri, dah pandai minta bawa keluar. Cuma ubat ubat kena diteruskan. Walaupun baru 2 kali buat acupuncture,tapi setiap kali selesai session dia nampak lebih rileks dan tenang. Harap harap Peterpan akan cepat baik.