Quote:
Originally Posted by sarebloom
erm..hai semua..apa khabar?harap semua sihat..  kat sini nak tanya la kan, ada sape2 tahu brand or any suggestion on vitamin for cats?yang well recommended punya brand or jenis. saja nak tahu.. thanx 
|
Hello

Sarebloom
Vitamin? Banyak pilihannnya...biasa nya yang biasa saya baca daripada forum sini, guna
Troy Nutripet - sesuai untuk naikkan selera kucing, cergaskan dia time tak sihat & supplement bagi kucing2 yang kurang mendapat zat2 yang sepatutnya
Kitzyme Conditioning Tablets - sesuai untuk mengurangkan masaalah bulu gugur, mencantikkan bulu supaya sihat dan shiny, mengurangkan stress & sebagai vitamin tambahan
Kitzyme Heathy Cat - amat bagus untuk keseluruhan kesihatan kucing. Makan pun sekali sehari je...
L-lysine+ multi-vitamins- sesuai untuk menaikkan selera makan kucing, L-lysine baik untuk mengelakkan kucing daripada terkena flu or upper resporitory infection dan ada multi-vitamin sebagai supplement
Fellovite with Taurine - baik untuk kesihatan keseluruhan kucing sebab bertindak sebagai multi-vitamin. Taurine adalah sangat baik untuk kucing untuk kesihatan jantung dna mata. Sebab kucing tidak boleh menghasilkan taurine dalam badan mereka.
Nutri-Cal - bertindak sebagai multivitamins cuma ditambah omega 3, 6 ...sesuai untuk menjaga kecantikan bulu kucing.
Nutri-stat - bertindak sebagai multi vit juga dan sebagai makanan tambahan bagi kucing2 yang fussy
Banyak lagi sarebloom....saya sempat bagi yang ini sahaja. Ikut la apa yang sesuai untuk kucing sarebloom. Tetapi ingat, jgn bagi terlalu banyak supplement...instead of untuk menfaatkan kucing, boleh mudhratkan kucing pulak. Kalau saya, kalau recomandation kata bagi kat kucing dalam 5ml, saya bagi dalam 2ml je. Saya bagi few kinds of supplements jugak la sebab anak2 saya selalu sangat masuk baording. Nak kuatkan immune system dorang, Tapi like I said, dosage tu sayang kurangkan dalam 50-70% dariapda yang direcommand.
Sekali lagi saya tegaskan, kalau boleh mintak pendapat vet dahulu sebelum nak bagi supplements ni...