View Single Post
  #4  
Old 10-28-2010, 03:45 PM
FurKids's Avatar
FurKids FurKids is offline
Pets Are NOT Disposable
 
Join Date: Sep 2008
Posts: 2,041
Rep Power: 19
FurKids is on a distinguished road
Default Re: Anak kucing ada kutu..

Quote:
Originally Posted by Keisha View Post
Saya ada baca dlm 1 forum psl anak kucing umur bwh 3 bln tak bole amik injection utk kutu.. nti bole mati sbb bdn baby tak tahan dgn ubat / chemical. Betul ke? Saya ada 2 ekor anak kucing yg umor dlm 2 bln, tapi sy baru perasan yg dorg ni ada kutu. Saya plan nk bwk dorg gi vet esok, tp bila dgr ada yg ckp mcm tu, rasa was-was la plak. Nak beli ubat spray sendiri, saya tak yakin... takut tersalah sembur, kang jadi lain plak. Ada apa2 pandangan tak, atau sape2 yg pernah alami masalah mcm sy... pls...
Bagi anak kucing 2 bulan macam tu, yang paling baik, selamat dan disyorkan adalah Frontline Spray dalam botol, Keisha. Yang jenis inject dan titik (spot-on) tak boleh utk anak-anak kucing kecik macam ni ... merbahaya.

Tetapi, Keisha kena berhati-hati bila gunakan spray tu sebab jangan terlalu banyak dispraykan ... dalam petunjuk/keterangan syarikat Frontline, mereka ada sebut berapa kali spray yang ditekankan utk kitten tersebut (kena ikut had berdasarkan berat dan saiz badan kitten tu, jangan overdose). Mereka juga menerangkan cara bagaimana paling efektif utk spraykan supaya tidak terlebih dan membahayakan kitten ... sebab kalau buat dengan cara tak betul, spray banyak tetapi kutu tak mati, dan dapat melepaskan diri dan sambung menghidap darah di bahagian yang tak kena spray. Mula daripada kepala (jangan kena mata, hidung dan mulut) dan berakhir di kaki/ekor.

Dan penting ya ... Frontline JANGAN reapply dalam masa kurang daripada 30 hari selepas aplikasi pertama sebab merbahayakan kitten/kucing. Sebab tu lah kalau nak apply, kena betul-betul tahu cara yg betul supaya dapat membunuh kutu melalui aplikasi yg betul dan menggunakan ubat tidak berlebihan. Kena asingkan bulu supaya semburan terkena di kulit (penting) dan bukan hanya terkena pada bulu sebab kutu akan sembunyi di kulit dan terus hidup menggigit.

Keisha, pergi klinik yg ada jual Frontline spray, since Keisha duduk kat Damansara, pergi ajer lah ke Klinik Healing Pets di Damansara Jaya, mintak Dr. Steven Yoon tunjukkan. Dia amat sedia utk tunjuk dan ajar. Perhatikan betul-betul ... dan jangan segan menujukan sebarang soalan kat dia, ya?

Good luck, kawan!
__________________
"We organized in the past to make Trap-Neuter-Return possible. Today, we organize to make Trap-Neuter-Return the norm and to end the unnecessary killing of cats in animal shelters across the country and provide humane care." - Alley Cat Allies
Reply With Quote