Wah.. dah lama tak post kat thread ni.. ai maklumla.. anak2 bulus dah besar2.. perangai biasa aje...
Update anak jantan sulung.. Sherbet :
Dah besar dah Sherbet, dah 2 tahun umur dia.. Tapi still manja..kadang2 datang tido celah ketiak
Salem pulak :
Dah setahun 10 bulan.. tapi perangai still macam kitten.. Bila bosan, merengek2 atas meja... Kalau tak dilayan akan gigit wayar / plastik / selipar .. hobi dia makan plastik
.. selipar
.. dah 1 mouse, 1 charger, 1 earphone serta 4 pasang selipar jadi mangsa dia setakat ni..
Ingat lagi kitten yang Kak June selamatkan kat ofis bulan Jun dulu..?
Lepas Kak June selamatkan, dia beri Suhaimy untuk jadi fosterer.. Jumaat lepas (1/10/10), saya adopt dia dari Suhaimy.. Alhamdulillah sihat, sekarang dia jadi baby baru saya.. Dah hantar utk FIV/FeLv test, alhamdulillah negatif.. kutu dah clear, deworm pun dah,... dia ada masalah ringworm sikit..so insya-allah minggu depan akan hantar dia untuk vaksin pulak..
Nama dia Shirahime (Puteri Putih)
.. panggilan comel Shishi
.. susah betul nak ambil gambar dia.. memang aktif sangat2.. Buat masa ni dia still dalam cage, kadang2 keluarkan biar dia main dalam bilik.. (sebab dia ada ringworm dan belum vaksin, so kena kuarantin dia dari jantan 2 ekor kat rumah ni..)