View Single Post
  #1  
Old 11-27-2008, 11:11 AM
abzalia's Avatar
abzalia abzalia is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Nov 2008
Location: Kajang-Putrajaya-Kuching-Oya
Posts: 1,949
Rep Power: 17
abzalia is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to abzalia
Default Denda RM10,000 aniaya haiwan

just nak share artikel dlm paper Harian Metro ari nih

Denda RM10,000 aniaya haiwan

Oleh Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my


PUTRAJAYA: Pemilik yang mengabai dan menganiaya binatang peliharaan dan ternakan bakal berdepan hukuman denda hingga RM10,000 atau penjara enam tahun atau kedua-duanya sekali apabila pindaan terhadap Akta Binatang 1953 (Pindaan 2006) dilaksanakan kelak.

Pindaan dilakukan bagi membolehkan hukuman lebih berat dikenakan ke atas pemilik yang tidak menjaga kebajikan dan mengabaikan haiwan peliharaan dan ternakan masing-masing hingga mengganggu ketenteraman awam.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr Abd Aziz Jamaluddin (gambar), berkata ketika ini, mereka yang melakukan kesalahan itu hanya didenda RM200, tidak setimpal dengan kesalahan dilakukan.

“Justeru, kita ingin meminda undang-undang sedia ada supaya mereka menzalimi haiwan dikenakan tindakan lebih tegas dan berat.

“Cadangan pindaan itu sedang dikaji Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan kami harap ia dapat dibentangkan di Parlimen tahun depan sebelum diwartakan,” katanya, semalam.

Dr Abd Aziz berkata, usaha meminda akta itu untuk memberi kesedaran kepada pemilik haiwan ternakan dan peliharaan seperti anjing, kucing, lembu dan kerbau supaya tidak membiarkan ternakan mereka berkeliaran.

Selain itu, jabatan memperkenalkan satu garis panduan penangkapan dan pelupusan anjing terbiar bagi memastikan haiwan itu dikawal dan dilupus dengan kaedah betul.

Menurutnya, garis panduan itu bagi memastikan penangkapan, penyediaan tempat tinggal dan pelupusan pihak berkuasa tempatan (PBT) dilakukan dengan cara berperikemanusiaan dan tahap kesakitan serta penyeksaan minimum.
__________________
.::argh..!! susah2, H.A.N.T.A.MS.A.J.A lahhh.::
Reply With Quote