View Single Post
  #1  
Old 12-11-2009, 08:42 AM
abgraldo abgraldo is offline
Banned
 
Join Date: Aug 2008
Posts: 1,931
Rep Power: 0
abgraldo is an unknown quantity at this point
Default Maaf dan Terimakasih dari Pakcu

Salam Satu Malaysia,
Sempena hari Jumaat yang mulia ini, Pakcu nak minta maaf lah kat semua forumers sini kalau ada Pakcu terkasar bahasa, menyinggung perasaan semua. Kepada yang pernah datang ke kedai Pakcu, Pakcu jugak minta maaf kalau terkurang layanan, terkasar bahasa atau terkasar melayan kucing-kucing anda masa treatment, atau mana yang terasa boarding di kedai Pakcu tidak memuaskan hati. Pakcu dah cuba sebaik mungkin dan akan cuba perbaiki mana-mana yang kurang, InsyAllah.
Kepada yang menyokong Pakcu samada dari segi moral dan material, Pakcu ucapkan berbanyak-banyak Terimakasih. Dengan sokongan anda semualah Pakcu masih lagi kuat bertahan dalam perniagaan ini, dan diharapkan anda semua akan terus menyokong Pakcu seterusnya.
Sehubungan itu Pakcu ingin memaklumkan bahawa Pakcu kini menarik diri dari menjadi member petfinder.my, disebabkan kehadiran Pakcu kat sini nampaknya lebih banyak menimbulkan kontroversi dari menambahbaik hubungan atau berkongsi maklumat sesama forumers. Jangan bimbang, anda semua masih ada lagi ramai member disini yang jauh lebih berpengetahuan dan pengalaman dari Pakcu, dan mereka akan sentiasa memberi anda bimbingan.
Kepada mereka yang masih nak menghubungi Pakcu untuk sebarang pertanyaan atau bersembang, silalah telefon/sms 017-3838773 atau Yahoo Messenger ID : abgraldo.
To Andy,
I've email you my request to terminate my membership, and please do so soonest possible. Petfinder.my did a lot of good thing to me and my business and had taught me a lot about people, friends, pets and so on and i will forever be thankful for that. I wish petfinder.my all the best!

Salam dan Selamat Tinggal Petfinder.My.