View Single Post
  #1  
Old 11-15-2009, 09:12 PM
beben&gegurl's Avatar
beben&gegurl beben&gegurl is offline
Animal Lover
 
Join Date: Nov 2009
Location: Bangsar, Kuala Lumpur
Posts: 11
Rep Power: 0
beben&gegurl is on a distinguished road
Smile Baru bermula memelihara kucing

hye kengkawan semua..... boleh x kita kongsi pengalaman memelihara kucing?

Aku baru mula memelihara kucing beberapa bulan yang lalu... Aku dapat kucing nie dari member aku sendiri. 2 ekor kucing adik beradik. yang jantan bernama ben dan betina gurl.

Beginilah ceritanyer.... Member ofis aku nie nak tambah kucing yang ada kat umah dia. Dia minta lah member dia yg ada kucing lebih bawak kat ofis sebab dia nak bawak balik........ Setelah member dia nie dtg ofis nak bagi kucing kat member aku nie tiba-tiba dia x nak sebab kucing yg nak dibagi dah berusia 7 bulan.. member aku nak yg 3-4 bulan. Oleh sebab nak jaga hati kengkwn terima sahajalah kucing tu... Selepas owner kucing tu balik member aku x nak kucing tu... Dah lah kucing tu berkeliaran kat dlm ofis aku..... dia offer kat aku suruh aku jaga tapi aku tolak.. aku takut x boleh nak bagi komitmen. Oleh sebab aku kesian kucing tu x bertuan terpaksa aku bantu call member aku yang lain yg nak kucing tu... berpuluh org jugaklah aku call semua reject x nak pelihara.. hati aku bertambah kesian tgk kucing tu.... Last aku call kakak aku dia pulak bersedia nak ambik kucing tu.. arrrrr tenang hati aku sebab dah ada org yg bersedia utk menerima kucing 2 ekor tu. Dengan pantas aku bawak balik (waktu ofis hour) umah mak simpan dulu sementara sebab nanti kakak aku balik keje dia akan ambik ben n gurl.

Dah sampai umah mak aku, mak aku pulak berminat dengan ben dan gurl nie... Dia kata cantik. Dah lah dia x bg kakak aku ambik bawak balik umah. Puas mak aku pujuk kakak yg dia nak ben n gurl nie...... Last kakak aku mengalah juga. Oleh sebab mak aku berniaga dia xde kesempatan nak jaga sepenuhnyer..

Akhirnyer aku juga lah yg memelihara si ben dan gurl sehingga kini. Aku dah bela hampir 4 bulan. Oleh sebab nama aku BEN sama juga ngan nama kucing aku terpaksa aku tukar nama kucing aku dar ben ke beben dan gegurl..hehehehehhehe

Aku belajar banyak pengalaman dengan memelihara kucing nie.... Dan masa aku juga berubah kerana aku kene spent time selalu dengan dia kat umah. Aku selalu jugak tanya doktor bagaimana hendak menjaga dia dengan sempurna. Biarlah bagi aku spent time dan duit yang banyak tetapi aku bahagia bersama dia......

Dulu aku bagi makan iam tetapi najis dia berbau dengan kuat... atas nasihat doktor aku tukar kepada Royal Canin indoor.. Alhamdulillah bau najis dia berkurang.

Pada hari nie aku hantar dia gi klinik utk pembedahan kembiri. Yang beben berjaya menjalani pembedahan dan gegurl dokor x dapat lakukan sebab pelali yg diberi x sesuai utk gegurl. Doktor nasihatkan supaya ke klinik vet yg lain yg mempunyai pelalian mengunakan gas.

Sedih juga aku tgk beben kesayangan aku yg masih keadaan separa sedar nie.. Tapi apakan daya demi masa depan dia aku terpaksa lakukan.......
Reply With Quote