View Single Post
  #1  
Old 01-20-2012, 08:18 AM
golbaik golbaik is offline
Animal Lover
 
Join Date: Jan 2012
Posts: 2
Rep Power: 0
golbaik is on a distinguished road
Thumbs up Tips Mengingati Perkataan Bahasa Arab

Assalamualaikum sahabat sekalian. Hari ini saya nak berkongsi tips bagaimana untuk kita mudah mengingati perkataan dalam bahasa arab. Pada mulanya teknik ini saya gunakan untuk menghafal formula matematik semasa di bangku sekolah. Tapi saya rasa tips ini boleh juga digunakan untuk menghafal perkataan arab.

Caranya tulis perkataan atau ayat bahasa arab di atas kertas nota kecil kemudian tampalkan di tempat yang selalu kita lihat seperti cermin, pintu bilik dan sebagainya. Mulakan dengan ayat yang mudah dan selalu kita gunakan contohnya:

"kaifa haluka"
Apa khabar kamu semua

"Ana bilkhoir, Alhamdulillah"
Saya sihat, Alhamdulillah

Teorinya adalah jika kita selalu melihat sesuatu secara automatik kita akan ingat sesuatu itu. Contohnya kita mudah ingat muka kawan kita yang selalu jumpa berbanding muka kawan yang kita jarang berjumpa.

Saya sarankan anda menulis 3-5 ayat sehari. Jika anda dapat menghafal 5 ayat seminggu bermakna akan belajar 20 ayat sebulan. Lagi banyak lagi baik.

Simple and works :)

Semoga anda berjaya menggunakan tips ini. InsyaAllah..

P/S: Selepas hafal jangan lupa untuk amalkan penggunaan ayat bahasa arab dalam kehidupan seharian kita supaya kita tidak lupa seperti kita lupa akan wajah kawan-kawan kita semasa di sekolah rendah dahulu. :)

P/S/S: Jika anda nak berkongsi perkataan atau ayat di dalam bahasa arab, boleh kongsi disini.
__________________
belajar bahasa arab
Reply With Quote