View Single Post
  #1  
Old 08-04-2010, 09:32 PM
tediber tediber is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Sep 2009
Location: Bandaraya Melaka Bersejarah
Posts: 164
Rep Power: 15
tediber is on a distinguished road
Default Anak kucing DLH, DMH dan DSH yang tidak terurus! Please Adopt Them!

Ceritanya panjang, tidak tahu macam mana mahu singkatkan.

Aku bagi point.
- ibu kucing ini selalu datang bertandang di rumah. kalau ada 24jam, 20 jam adalah di rumah aku dan 4 jam di rumah tuan dia. Anak-anak dia terabai.

-2-3 hari lepas anak-anak dia ikut naik ke rumah aku di atas bukit jaraknya dalam 250 meter.

- keadaan mereka agak menyedihkan, semacam tidak terurus. Terasa rangka dan perut buncit. Sedangkan ibu mereka spesis DMH dan anak-anaknya ada yang menjadi DLH.

- Rumah tuan dia byk kucing. ada dalam 15 ekor. belum termasuk emak mereka ini yg sedang bunting dan seekor lagi kucing betina tunggu hari sahaja.

- kucing-kucing tidak di bawa ke jabatan haiwan. tidak di dewormed. tidak di aksin dan tidak mendapat rawatan sewajarnya.

- tuan mereka tidak mahu spayed/neuter.

- aku berjaya pujuk tuan dia untuk beri adopt anak-anak kucingnya. Alasan aku `Kawan saya ramai mahu kucing`. Pandai-pandai saja aku, sedangkan sebetulnya, aku mahu mereka mendapat tuan yang bukan hanya tahu membela tapi tahu menjaga kebajikan mereka.

Jadi, ada 6 ekor anak kucing yang di buka untuk adoption. Mereka ini semuanya jenis DMH dan ada yang DLH tapi keadaan mereka yg tidak terurus buat kecantikan sebenar tidak kelihatan.


Kucing A. Aku sudah adopt 2 hari lepas. DLH. Kurus dan perut buncit dan kutu bersepah. Aku sudah bawa ke *et!


Kucing b. Warna hitam putih. Anak sulung rasanya dari 4 beradik sebab badan dia lebih besar. :))


Kucing C. Yang ini dari pandangan mata aku jenis DLH sebab bulu dia lebat dan panjang. Tapi keadaan amat daif. :((

Kucing D aku tidak sempat ambil gambar. warna kelabu + putih.

Kucing A,b , C dan D adalah adik beradik dan ibu mereka di bawah ini.



Dua ekor lagi juga pasangan adik beradik.


Kucing E


Kucing F

Gambar kucing E dan F adalah gambar lama bertarikh Mei 2010.Sekarang emak mereka baru beranak lagi kira-kira seminggu yang lalu. :))

Aku harap sangat ada yang sudi adopt mereka. Tuan kucing ini bukan orang berada tapi mereka amt sayangkan kucing cuma tidak tahu penjagaan rapi sahaja. Kucing yang sepatutnya membesar dengan sihat dan cantik jadi sebaliknya.

Sesiapa yang berminat atau ada sebarang pertanyaan boleh emel kepada aku di mylosermind@yahoo.com
Lokasi kami adalah di Negeri Melaka.

Cerita lanjut boleh di baca di sini.

http://myqza.blogspot.com/2010/08/si...ah-makcik.html

Terima kasih.
__________________
[
Reply With Quote