View Single Post
  #19  
Old 08-30-2010, 11:36 AM
FurKids's Avatar
FurKids FurKids is offline
Pets Are NOT Disposable
 
Join Date: Sep 2008
Posts: 2,041
Rep Power: 16
FurKids is on a distinguished road
Default Re: Nak bawa kucing travel

Quote:
Originally Posted by syidajaafar View Post
... Anyway syida nak tanya Furkids dan kawan2 forumers yang lain, is there such a thing as 'overnourished' ur cats as in giving them too much multivitamins. supplements etc? currently I'm giving my cats Nutripet, Brewer Yeast and My Beau cats supplement. and berdasarkan cadangan naddy tu, i'm thinking of giving them Kitzyme laa pulak. pastu tiba2 terfikir, 'ish, macam banyak sangat je benda2 yang aku sumbat dalam perut anak2 aku hari2, tak bahaya ke?' Since we knew that even humans pun tak digalakkan sangat amik multivitamin terlalu byk sebab biasanya badan kita tak perlukan sebanyak tu pun, dan vitamin2 tersebut akan bertukar jadi toksik dan make our kidney work overtime...so..apa pendapat forumers sekalian? sori laa banyak sangat tanya, al maklumlaa budak baru belajau kata org melaka hehehehe
Memang betul, Syida , overload kidneys dan liver buat cepat rosak, especially kucing sebab kajian mendapati bahawa badan kucing tu tak macam manusia dan anjing, liver dan kidneys mereka senang sangat rosak sebab badan mereka tidak mempunyai apa yg disebut sebagai "poison pathway" bagi benda-benda yg tidak dapat diproses oleh badan mereka yg unique.

Dulu tak banyak kajian yg dibuat ke atas badan kucing dan oleh kerana kurang pengetahuan mengenai mereka, ramai (termasuk vet) menganggap mereka sebagai sama dengan anjing kecil. Tetapi oleh kerana pemeliharaan kucing telah menjadi sangat popular, maka dalam kebelakangan ini banyak kajian-kajian terperinci telah dijalankan terhadap kucing dan sekiranya vet tidak mengemaskini pengetahuan mereka mengenai kucing, maka mereka juga turut membuat kesilapan dalam rawatan kucing.

Syida , bagi saya jalan yg paling senang dan baik adalah utk memberi anak bulus kita makanan kucing yg paling premium yg poket dapat tahan sebab makanan ini cukup lengkap serba-serbi mengenai keperluan harian kucing. Of course la masih belum perfect tapi oleh kerana poket kita terhad (aku paling suka Innova Evo tapi poket tak tahan anak bulus terlalu ramai!), pilih lah makanan yg betul-betul premium. Kalau nak jimat lagi, join la kelab Blackwood tu dan dapatkan penjimatan "economy of scale" melalui pek breeder 24kg tu, samada kitten (hingga umur 1 tahun) atau kucing dewasa (lebih umur 1 tahun) ya?
Quote:
Originally Posted by June View Post
hahahahah!! Abang Furkids kita ada peminat. Macam artis nampaknya bro
Haaa, aku biasa dengan peminat 4-kaki ajer, bila nampak saya ajer, semua datang .... mcm semut ..... tapi yg 2-kaki tak ader la, June .... hehehheheheee!!!!
Quote:
Originally Posted by Nur_illiyana View Post
Bro FK,
saya nak tanya sikit boleh?
Kalau sepanjang perjalanan kita kasi sikit wetfood dan air boleh?
saya penah bawak baby travel, dia diam je tidur dalam carrier..bila bangun dia mengiau, saya kasi wetfood sikit..
sepanjang perjalanan dia baik sangat, muntah tak, poo/pee pon tak..
Maksudnya ok ke?
Kalau yang baik mcm tu, Yana , tak pening kereta dan tak stress dan kalau dia nak makan it is OK. Cuma kebanyakan yg extreme stress dan pening kereta dan ketakutan tu kita tak usah kasi makan sebab nanti muntah balik. Satu lagi, jenis yg mcm tu kalau kita kasi makan pun dia tak mahu. Bila dah sampai destinasi pun kadang-kadang dia masih stress atau pening dan tak lalu makan satu hari atau lebih.
Quote:
Originally Posted by syidajaafar View Post
Huh! Kalau kucing2 Syida tu, si abang nya ok, tapi si adik tu (gambar dalam avatar) adalah seorang yang sgt hyperactive, kalau letak dalam satu carrier, si abang yang ok tu terus stress jadinya sebab si adik ni duk buli, gigit, dan gomol beliau kat dalam tu. haha. menjerit2 laa si abangnya tension kena buli dek adik hehe. So kejap lagi kena beli carrier satu lagi untuk travel Jumaat ni..alamak rabaklah poket aku...
Ya, idea bagus, asingkan mereka dan alas setiap carrier tebal-tebal (20 helai surat khabar atau lebih, biar dia garu dan sembunyi bawah suratkhabar pun bila stress, dan juga resap air kencing/poo/muntah). Beli yg paling besar supaya ada ruang selesa. Hagen Voyager 400 selesa utk travel kalau kucing besar, boleh masukkan satu cardboard box juga yg dialas tebal dan masukkan shredded newspaper sekali. Ini mereka paling suka, duduk dalam kotak dalam carrier bagi menyembunyikan diri dan menyakinkan diri dia bahawa dia selamat. Heheheh!!!
__________________
"We organized in the past to make Trap-Neuter-Return possible. Today, we organize to make Trap-Neuter-Return the norm and to end the unnecessary killing of cats in animal shelters across the country and provide humane care." - Alley Cat Allies

Last edited by FurKids; 08-30-2010 at 11:51 AM. Reason: Baaaaaanyak sangat soalan peminat aku nie ... hehehhehehee!!!!!
Reply With Quote