View Single Post
  #1  
Old 11-15-2009, 10:56 PM
Pak Lubis's Avatar
Pak Lubis Pak Lubis is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Jul 2009
Location: Lot 1247.Jalan KB 1, Kampung Bangi, Bangi Old Town
Posts: 259
Rep Power: 15
Pak Lubis is on a distinguished road
Default Bagaimana Nak Cuci Kotoran Dalam Telinga

Saya baru rescue 2 ekor anak kucing putih dari sebuah rumah yang penyewa telah berpindah. Ibu kucing tersebut mungkin telah dibawa oleh penyewa pindah bersama munkin juga dengan adik beradiknya yang lain. Anggaran umurnya antara 2.5 - 3 bulan.

Anak anak kucing yang ditinggalkan tuannya hanya makan sisa buangan dan kelihatan kotor sebab warnanya yang putih. Maklumlah ibunya tak ada untuk membersihkannya. Selepas disyampu nampak cantiknya tetapi sedikit kurus mungkin sebab kurang makanan.

Kedua dua ekor kucing terdapat kekotoran kehitaman didalam telinganya. Sebelah luaran telah dicuci dengan air bersih dengan menggunakan putik kapas yang di basahkan guna air suam, tetapi sebelah dalam saya tak berani gunakan putik kapas kerana takut akan merosakan urat saraf gegendang telinga. Mahu disembur air kedalam telinga pun saya tak berani kerana takut akan merosakkan alat pendengarannya,

Apakah cara yang sesuai untuk dilakukan bagi mencuci kotoran didalam telinga anak kucing.

Last edited by Pak Lubis; 11-15-2009 at 11:04 PM.
Reply With Quote