View Single Post
  #34  
Old 06-23-2010, 02:48 PM
FurKids's Avatar
FurKids FurKids is offline
Pets Are NOT Disposable
 
Join Date: Sep 2008
Posts: 2,041
Rep Power: 18
FurKids is on a distinguished road
Default Re: bagaimana cara terbaik nak cuci telinga kucing ...?

Hani, kalau guna Dettol tak dapat mencegah atau melindung daripada kutu. Kalau guna Frontline, especially kalau tak mandikan kucing, cuma lap dengan kain basah kalau kotor, Frontline dapat mencegah kutu selama 1 bulan setengah mcm tu. Maknanya, kalau kutu baru timbul kerana baru menetas dari carpet atau keliling rumah yg masih hidup wlaupun cuba bersihkan keliling kawasan, kutu yg menetas kemudian akan mati jika dia tersentuh bulu kucing sebab kesan Frontline akan berada pada bulu kucing selama satu bulan lebih.

Amaran: Guna Frontline dengan cara betul (ikut arahan dengan betul) dan jangan gunakan lebih daripada sekali dalam masa sekurang-kurangnya 30 hari sebab Frontline juga ada bahaya dan toksik kepada kucing apabila salahguna.

Kalau guna Dettol, berapa kali nak celup anak bulus dgn Dettol yg racun tu kan? Sebab kalau guna Dettol utk membunuh kutu, apa akan terjadi jika selepas 3-4 hari, kutu baru datang lagi? Nak celup dengan Dettol semula? Anak bulus tak lah mati serta merta, tapi kesan toksik buruk terhadap liver dan buah pinggang dia kian meningkat dan tak lama lagi akan sakit buah pinggang la kawan tu. Mula la nanti nak cari makanan spesel utk pesakit buah pinggang yg mahal gila pulak, keluar masuk klinik dapatkan rawatan dan akhirnya anak bulus mati muda.

Sama la mcm manusia, makan makanan penuh kimia dan pesticide, muda-muda dah diserang penyakit buah pinggang.

Bersama-sama kita belajar menjaga anak bulus, kurangkan penyakit dan jimat $ doktor nanti.

Maaf, Comot, kita menyelam sambil minum air ... hehehheeee!!!! Tabik spring .....
__________________
"We organized in the past to make Trap-Neuter-Return possible. Today, we organize to make Trap-Neuter-Return the norm and to end the unnecessary killing of cats in animal shelters across the country and provide humane care." - Alley Cat Allies

Last edited by FurKids; 06-23-2010 at 02:53 PM.
Reply With Quote