View Single Post
  #1  
Old 05-24-2015, 04:04 PM
hafeez hashim hafeez hashim is offline
Animal Lover
 
Join Date: May 2015
Posts: 19
Rep Power: 0
hafeez hashim is on a distinguished road
Default Masalah kucing dijangkiti kurap dan cara mengubatinya

Masalah jangkitan Kurap pada kucing


Masalah jangkitan Kurap pada kucing adalah salah satu penyakit yang paling mudah dihidapi oleh kucing samada berbulu pendek ataupun panjang dan kesannya begitu ketara kerana kegatalan yang dirasainya amat menyakitkannya.

Tindakbalasnya secara spontan adalah mengaru-garu sehingga kulit serta bulunya mengalami kerosakan teruk. Mesti ramai di antara kita tertanya-tanya cara untuk mengubati dan merawati jangkitan kurap pada kucing ini.

Jangkitan Kurap pada kucing terjadi disebabkan sejenis kulat atau “Fungus” yang menyebarkan “spora’ benih dan akan menyerap ke dalam kulit kucing. spora ini biasanya tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia dan ia bertindak dari dalam sehingga ke permukaan kulitnya serta juga menganggu akar umbi bulu kucing.



Spora ini pula sangat aktif jika persekitaran yang mempunyai kadar kelembapan tinggi serta bercuaca panas seperti negara kita.



Malahan “spora” ini boleh bertahan sehingga 2 tahun dan masih kekal lagi di dalam persekitaran kerana dapat menumpang hidup di “rumah tumpangan” lain seperti anjing, kucing, arnab dan lain-lain.



Salah Satu Kaedah Rawatan untuk merawat penyakit kurap ini ialah :


1.Berikan Shampoo berubat khas untuk merawat fungus seperti Malaseb

2.Mandikan kucing anda sehingga 2-3 kali seminggu bergantung kepada tahap penyakit kurap yang dialaminya

3.Dibiarkan selepas menyapu shampoo ini dalam masa 3- 5 minit sebelum membilasnya

4.Pastikan kucing dikeringkan sepenuhnya selepas mandi dan boleh keringkan bulu dengan menggunakan alat pengering rambut untuk lebih cepat.


RAHSIA KUCING COMEL
Reply With Quote