View Single Post
  #1  
Old 05-24-2015, 03:54 PM
hafeez hashim hafeez hashim is offline
Animal Lover
 
Join Date: May 2015
Posts: 19
Rep Power: 0
hafeez hashim is on a distinguished road
Default Bahasa Tubuh Kucing

KENALI APA YANG KUCING MAHU DARI BAHASA TUBUHNYA

Kucing merupakan haiwan yang sosial dan boleh menjalin hubungan istimewa dengan manusia dan haiwan lain. walau Bagaimanapun bukan semua kucing ini suka dipeluk dan didukung.



oleh itu sebelum anda memelihara kucing, hendaklah anda menyelidik baka apa yang sesuai bagi anda agar anda tidak kecewa di kemudian hari. Sesetengah baka seperti kucing Siam adalah amat manja manakala baka seperti British Shorthair dan Maine Coon tidak suka didukung dan diriba.



Anda juga tidak digalakkan terlalu memanjakan kucing anda melainkan anda pasti anda akan sentiasa berada bersamanya. Ini adalah kerana, kucing yang terlalu manja akan menjadi tertekan dan mungkin jatuh sakit jika anda terpaksa berjauhan kerana urusan kerja atau melancong.



Ia juga akan mendatangkan masalah apabila kucing tersebut sakit dan terpaksa dirawat di klinik atau hospital veterinar selama beberapa tempoh waktu di mana anda mungkin tidak dapat melawatnya setiap hari.



Sifat atau perangai kucing ini juga boleh berubah apabila umurnya meningkat tua. Sesetengahkucing langsung tidak mahu disentuh atau diriba oleh sesiapapun. Ada pula sesetengah kucing yang hanya membiarkan orang tertentu menyentuh dan mendukungnya.



Ini mungkin boleh dikaitkan dengan pengenalan peringkat awal kucing ini kepada manusia di mana mungkin terdapat pemilik kucing yang kasar, diganggu kanak – kanak yang nakal dan juga trauma akibat kekangan yang tidak betul yang menyebabkan kesakitan kepada kucing tersebut.



Untuk membantu membentuk sifat sosial yang bagus pada kucing, pengendalian yang kerap dan lembut hendaklahdiaplikasikanseawal umur 2 – 7 minggu. Jangan selalu menjerit kepada anak kucing atau mengejarnya tanpa sebab kerana ini akan menakutkannya dan jangan mendukungnya secara paksa.



Sentiasa berkomunikasi dengan tenang dan lembut sehingga ia berasa yakin dan tenang untuk membenarkan anda menyentuh atau mendukungnya.



source:

Dr. Maizatul Azlina Binti Abd. Mulok (DVM, UPM Serdang) Institut Veterinar Malaysia, Kluang

EBOOK RAHSIA KUCING COMEL
Reply With Quote