View Single Post
  #232  
Old 08-10-2010, 09:26 AM
MiaMelissa's Avatar
MiaMelissa MiaMelissa is offline
Animal Lover
 
Join Date: Jun 2010
Posts: 37
Rep Power: 0
MiaMelissa is on a distinguished road
Default Re: Mcfa (tica) - cat show is confirm 8/8/10

Korang yang join show hari tu, i hope korang boleh nampak sendiri betapa banyak kelemahan pada show tersebut. even pada perjalanan show, pada judges, peserta-peserta dan kucing-kucing yang ada.

Kami bukan nak menjatuhkan MCFA. saya pun happy ada kelab yang bernaung bawah TICA. it's a good thing u know. tapi, if show di Empire Gallery tu yang menjadi satu kebanggaan, maka pincanglah ia. sepertimana apa yang dicakapkan oleh jimmy, HHPlover and few more persons here, kita kalau boleh, cuba tunjuk pada TICA judges yang kita mampu menjalankan show yang dpt impresskan diorang. saya percaya, diorang balik after show ni, sure kena buat laporan untuk TICA. apa agaknya kandungan laporan judges tentang show hari tu..even 2 orang judges yang tolak untuk jadi judge show hari tu pun terpaksa buat surat kenapa diorang menolak untuk jadi judge MCFA show...tentu kandungan surat tu juga menggerunkan kita semua.

Pergaduhan teks (macam perbalahan mulut la ni) kat sini bukan pergaduhan kosong. kami cuba untuk mengajar apa yang kami tahu. kami bukan orang baru. pada yang kurang ajar pada saya dulu, saya maafkan. sebab diorang kurang ilmu dalam cat show.

untuk sekarang, kita cuba pikir masing-masing macamana kita nak cover balik imej MCFA yang saya fikir sudah rosak di mata TICA. saya tak pelik if lepas ni, kelab besar TICA ni akan menarik balik naungan dia untuk MCFA. tapi, sebelum diorang berbuat demikian, kita terlebih dahulu kena buktikan yang MCFA tu sebenarnya boleh organize show yang bagus. taknak dah jadi macam Empire Gallery. dengarnya ada lagi show MCFA yer bulan November ni? please la this time prepare awal-awal. venue confirm awal-awal..if ada sebarang perubahan or latest news, terus inform dalam ni..salah tu if sorok the venue changes last minute. tak keruan peserta yang terlibat dibuatnya.

pasal Ismail, i malas dah nak argue. semua orang tau dah. yang still nak menyokong dia, apa kita boleh buat. yang tidak menyokong dia macam saya, kita try lah cari solution demi kebaikan MCFA sendiri. hope TICA akan bagi peluang kedua buat MCFA.

Sekian..Wassalam.
Reply With Quote