View Single Post
  #1  
Old 11-24-2008, 04:51 PM
abgraldo abgraldo is offline
Banned
 
Join Date: Aug 2008
Posts: 1,931
Rep Power: 0
abgraldo is an unknown quantity at this point
Default 10 hari yang mencemaskan!

Salam Semua. Adaler nak cerita sikit ni. Harap-harap semua boleh amik iktibar dan pengajaran dari apa yang Pakcu lalui ni. Pakcu pun macam you all gak, masih lagi belajar dan memang ada la kekurangan dan kesilapan. So, Pakcu mintak maaf kalau ada kesilapan. Apa-apa pun, semua itu ada hikmahnya. Yang penting kita be positive in anything that we undertakes.
Ceriternyer macam ni. Pada 11hb Nov. 2008, Pakcu dah perasan yang kucing pakcu, Kilau macam tak berapa aktif. Dia asyik lepak jer dan tak berapa nak kejar2 dgn yg lain. Mulanyer, pakcu buat tak tahu jer la sebab tengok dia nak jugak la makan. Esoknyer, macam tu jugak n tengok dia dah tak berapa jaga bulu dier. So, pada 13hb tu, Pakcu mandikanlah dier, kononnyer nak prepare dier la utk kuantan show. Lepas dari mandi tu tengok dier jadi makin teruk. Moyok terus n langsung dah tak mau makan minum. Terus Pakcu bawak gi klinik, cucuk antibiotic n multivitamin. Bila balik, macam tu jugak. Dia menung jer, so atas nasihat kawan Pakcu, syringe lar sikit glukos. Malam tu Pakcu tido pukul 4 pg, tgk perkembangan dier tapi macam tu jugak. Sedihnyer, sampai meleleh air mata Pakcu. Esoknyer, tengok dia lagi teruk, air liur dah meleleh and dah melepek jer. Pakcu suspek dia sakit gigi ker atau kena ulcer mulut. Browse kat web, semua tanda2 tu ada kat dia. Yang takutnye, kucing akan tak nak makan minum and some starve to death! So, Pakcu pun try la syringe fed dia, tapi dia tak nak langsung bukak mulut. Paksa bukak, dia gigit jari pakcu sampai berdarah. Pakcu dah panic, macamana ni. Nak tak nak, terpaksaler buat macam tu for the next three days. Tapi Pakcu tak berani lagi nak bagi makan, Cuma bagi air n glukos sikit. 17hb pergila cucuk antibiotic and vitamin lagi. Badan dah kurus sangat, air liur meleleh lagi dan mulut dia pun dah bau busuk. Pakcu dah hilang akal dan usaha, tapi paksa lagi syringe air n glukos. So, hari Rabu pergi lagi cucuk antibiotic n multivitamin.
Alhamdulilah, pada hari khamis tu tengok air liur dah berhenti meleleh. Dia pun dah mula jilat-jilat bulu dier. Pakcu pun apa lagi, sumbat lagi vitamin paste.. dapat pun, walaupun dia masih marah lagi. Lepas tu nampak dia dah mula nak makan kibbles kucing lain. Pakcu terus tarik dier and bagi wetfood, nampakla makan sikit. Alhamdulilah.. syukur sangat2 sebab dia dah mula nak makan. Hari Jumaat dia dah bole respond bila panggil tapi masih lagi dalam keadaan lemah. And makan pun dah banyak. Syukur sangat sebab Pakcu dah ingat nak cancel gi show kuantan sebab nak jaga dier. Malam sabtu tu dah mula nak main2 dgn littail mike. Senang hati…
So hari ni Isnin 24 Nov, dia dah mula panjat2 n lari2 walaupun belum berapa laju mcm biasa. Alhamdulilah n syukur kepada Tuhan kerana kilau dah mula sihat…
Apa yang Pakcu pelajari dari episode ini :-
1. Pakcu buat kesilapan mandikan dia pada 13hb tu. Sepatutnya pakcu tak mandikan dia pada hari tu sebab dia time tu dah tak sihat. Kawan pakcu beritahu, nasib baik dia tak kena hyperthermia (boleh mati), sebab time tu mungkin dia demam so jgn sekali-kali mandikan dia. Patutla, lepas mandi tu dia terus moyok n badan panas semacam.
2. Bila kucing dah tak aktif, kena cepat-cepat amik tindakan. Pakcu lambat sebab pakcu pun tak de pengalaman macam tu n ingat macam biasa. So, jgn sekali-kali la kita lalai.
3. Jangan putus asa kalau kucing tak nak makan. Paksa dier walaupun macamana dia marah sekali pun. Pakcu dua kali kena gigit sampai berdarah. Kalau ikutkan hati memang give-up dah, tapi syukurla pakcu tak give up. Pakcu fikir la, kes macam ni banyak kali jadi, bila kucing dah taknak makan sebab kena ulcer mulut or sakit gigi, tapi kita ni kadang2 lalai or tak tau nak buat apa. Bila paksa makan pun dia tak nak or gigit kita, some probably lost hope or just berserah jer. So janganlah hendaknya kita sekali-kali lost hope or tak usaha. Kalau kita usaha, InsyAllah Tuhan tolong.
So, harap2 citer nih boleh jadi pengajaran kepada Pakcu n kita semua. Paling penting jangan sekali-kali give-up or lost hope sebab kucing kiter bergantung pada tuannya bila sakit. So bantula dia sebaik mungkin and ganjarannya akan dapat di hari kemudian nanti.
Pada sapa2 yg nak bagi nasihat/kritik/pandangan, memang pakcu alu-alukan. Moga-moga kita semua dapat belajar dan mampu menjaga kucing2 kita dengan lebih baik lagi. Wassalam.
Reply With Quote