Halim, good idea tu ... sebab thinner atau minyak tanah tu sangat toxic, untuk manusia pun ... kalau kitorang nak handle pun sepatutnya pakai sarung tangan getah sebab cecair tu senang meresap ke dalam badan melalui kulit dan wapnya pun toksik juga, apatah lagi kepada kucing yg livernya tak ada mempunyai toxic pathway mcm manusia dan senang rosak mengakibatkan kematian dengan senang berbanding dengan manusia.
Potong sahaja setakat yg boleh, pastu cuci tempat tu dengan syampu kucing yg baik, bila kulit tu basah, senang sikit cat yg tertinggal tu tanggal. Sama la mcm cat yg terkena tangan kita, bila basahkan dan cuci beberapa kali dengan sabun, tertanggal lah cat tu. Cuba lah berbagai cara, just keep an eye on benda-benda yg berpotensi meracunkan badan kucing samada melalui penjilatannya/penyerapan melalui kulit atau sedutan melalui udara.
Semoga berjaya dan kucing selamat, sihat!