View Single Post
  #46  
Old 09-03-2008, 10:53 AM
anitayusof00's Avatar
anitayusof00 anitayusof00 is offline
Mama Kabu & ChiChi
 
Join Date: Aug 2008
Location: Ipoh, Perak
Posts: 549
Rep Power: 16
anitayusof00 is on a distinguished road
Default Re: Jom...Mari Kita Makan Angin...Kemana Saja

Duyung....you panjat gunung ramai2 tu under kelab mana ? Nampak mcm Rakan Muda jer ? Yr muscle endurance tentu bagus kan ? Dah panjat Gunung Ledang & Gunung Jerai ? Dgr citer view memang awesome, tapi kena hati2 sebab ramai yg tersesat jalan. Bila nak tawan Kinabalu pulak ? Masa akak kat UPSI dulu, dari sem 1 sampai sem akhir, kelas kitaorg merancang nak panjat Kinabalu tapi tak jadi2....Masa sem 4 hampir nak jadi, tapi beberapa lecturer pulak nak ikut sekali. Dah tu dia nak kita ikut timing dia. Yg sorang boleh pegi time ni, lecturer lain pulak tak free time tu, nak time lain. Pendek citer, langsung kensel. Memang frust !!!
Mondok, klu you nak camping kat pulau, try camp kat Teluk Sekadeh, Pangkor. Kat situ ada punca air (ada sungai, so tak de masalah utk dapatkan fresh water). Klu nak pergi, kena awal cos weekends ramai yg camp kat situ. Boleh snorkling kat tepi2 pantai jer (equipment bw sendiri). Kat Teluk Sekadeh ni tak de sebiji hotel pun yek....everything natural. You naik cab (van kaler biru) dari jeti Pangkor, dulu RM5, skrg tak tau la. Sampai T.Sekadeh, kena menapak sikit utk sampai ke tapak perkhemahan, masuk dlm hutan (ada trek utk diikuti), naik bukit, turun bukit (boleh tahan gak tinggi bukit tu). So jgn bw barang banyak sgt. Akak camp kat situ beberapa kali. Memang relaxing.

Satu lagi port yg best ialah di Pulau Singa Besar, 18km dari jeti Kuah. Memang best tpt ni. Tapi punca air susah sikit, kena bw water pump & sedut air dalam tanah. Kalau nak gi, naik cab dari jeti Kuah ke Teluk Baru. Lepas tu naik bot (tambang tak tau berapa). Akak pergi tpt ni byk kali sebab akak jadi outdoor fasilitator (snorkling & water confidence) masa di UPSI.
__________________
I learn my lesson the hardest & the most painful way. Kapas, mama miss you soooo much !!! It hurts, baby...
Reply With Quote