View Single Post
  #18  
Old 07-02-2009, 02:22 PM
FurKids's Avatar
FurKids FurKids is offline
Pets Are NOT Disposable
 
Join Date: Sep 2008
Posts: 2,041
Rep Power: 18
FurKids is on a distinguished road
Default Re: Macam mana nak bg meow gemok??

Farah pastikan daging ayam tu beli dari wet market dan betul-betul segar sebab kadangkala daging tu diorang jual yg tak segar menyebabkan kucing tak mahu makan, bukan sebab dia tak suka ayam lagi. Kalau kucing tu sakit atau stress, memang sikit tak segar pun dia tak selera makan. Terdapat juga keadaan di mana kucing tengah sakit dan memang tak selera nak makan ayam walaupun segar. Kalau keadaan begitu, bagi lah dia makan ikan yg digemari daripada dia langsung tak makan sebab dia perlu makan utk menguatkan badannya melawan penyakit. Tetapi selalu offer ayam segar dulu dan jika dia mula makannya, jangan bagi ikan lagi.

Tapi kalau dia sihat, berikannya ayam segar sedikit tanpa memberi ikan langsung, biasanya dia akan makan apabila lapar nanti.

Daging ayam yg diberi tu biarlah Farah hancurkan dengan tangan yg bersih untuk dia senang makan. Selamat mencuba dan semoga berjaya!

P/S: Kalau umur kucing dah 6 bulan ke atas, jangan bagi susu langsung sebab badan kucing sudah mula timbul "lactose intolerance" dan menyebabkan cirit-birit seperti yg dialami oleh ramai manusia terutamanya orang Asia. Di atas sebab tu lah, saya tidak memberi kucing-kucing saya minum susu langsung tetapi membekalkan banyak daging ayam rebus/kukus.
__________________
"We organized in the past to make Trap-Neuter-Return possible. Today, we organize to make Trap-Neuter-Return the norm and to end the unnecessary killing of cats in animal shelters across the country and provide humane care." - Alley Cat Allies
Reply With Quote