Quote:
Originally Posted by Luna10
hi olls...
saya org baru di forum ni.. harap dapat tunjuk ajar dari semua.. my cat luna sekarang tgh sarat bunting...
so, nak tya pendapat kwn2 semua... enviroment ape yg sesuai utk luna beranak.. saya dah sediakan kotak besar yg penuh dengan pakaian lama supaya dia feel comfy..
mcm mana kita nak tau yg kucing tu tgh sakit nk beranak? dia akan bunyi bising ke?
tq kepada yg sudi memberi panduan yee...
|
Hi Luna,
Tempat yang sesuai untuk kucing beranak adalah tempat yang :-
- sunyi
- gelap
- selamat dari binatang lain
Kalo boleh letak kotak tu dalam sangkar besar dan kucing tu sekali. Bukan apa takut dia tak nak terima kotak tu dan akan cari tempat yang dia suka seperti :-
- dalam almari baju
- bawa rack tv
nanti susah kita nak jenguk dan jaga dia.
Tanda -tanda kucing nak beranak :-
- kurang makan sebab dalam kesakitan
- bila kita picit puting susu akan kuar (menandakan masa beranak dah sangat dekat)
- susu jatuh ke bawah sebab terlalu berat ngan susu
Harap dapat membantu