View Single Post
  #2  
Old 09-19-2012, 09:42 PM
Meffy Meffy is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Oct 2011
Posts: 168
Rep Power: 13
Meffy is on a distinguished road
Default Re: newbies need help plzz..

Hi Ieda,

Selamat datang ke Petfinder

1. price untuk last week : ear drop RM37 + ubat cacing RM6 + service charge RM20 = RM63...mahal x? Saya rasa tak mahal sebab Ieda bayar ubat ear drop sekali. Lagipun, ear drop boleh disimpan untuk lain kali kalau kutu datang balik.

2. next week nak bwk g vaksin.. kena deworm sekali lagi ke? Vaksin kena 3 kali. Kalau vet private, harga dalam RM40 sekali termasuk deworm (ubat cacing). So total kena RM120 for 3 dos. Kalau kat klinik kerajaan mungkin dalam RM20 kot tp memang lagi murah kalau dibanding private. Mula2 bela kucing memang kena spend lebih sikit demi kesihatan dia. Once da abis 3 dos, lepas setahun baru dos seterusnya. Masa tu boleh la belanja kat benda bukan2 macam mainan dan accessory

3. c0mei asik garu2 je..ade kemungkinan kena kutu dan hama x? Saya suggest Ieda cepat beli ubat kutu seperti Frontline atau Advantage jenis "Spot On". Ubat "spot-on" akan diletak di bahagian belakang tengkuk Comei sebulan sekali. Semua kutu akan mati dalam masa 24jam. Ulang lagi bulan seterusnya sehingga semua kutu & telur kutu mati. Ini sangat penting sebab kutu kucing boleh merebak ke seluruh rumah kalau tak hapuskan awal2!

Kutu boleh hidup dalam carpet, cadar, kat kusyen atau pakaian Ieda. Tu sebab kalau peluk CoMei sampai terasa gatal. Mungkin Ieda pun da kena gigit kutu. Rupa gigitan kutu macam gigitan nyamuk cuma ia sangat gatal dan mengambil masa 1-2 minggu baru sembuh tinggalkan parut.

Ubat kutu dalam RM45 - RM55 sekotak. Dalam ade 4 tiub for 4 bulan.

4. utuk anak bulus mcm c0mei ni makanan ape yg sesuai? Ini terpulang kepada kucing. Kadang2 makanan yang popular dia tak suka, nak yang biasa2. Kucing saya makan Blackwood. Brand ni tak semahal RC dan so far ok untuk kucing saya.

5. mata n hidung c0mei asik berair je..ada kemungkinan dia demam ke? Mungkin demam. Better bawak gi jumpe vet serta merta.

Saya harap jawapan saya dapat membantu Ieda.
Good luck
Reply With Quote