Thread: Takutnyer....
View Single Post
  #19  
Old 09-24-2008, 11:25 PM
fantasticat's Avatar
fantasticat fantasticat is offline
BAD Company...
 
Join Date: Aug 2008
Posts: 266
Rep Power: 16
fantasticat is on a distinguished road
Default Re: Takutnyer....

memandangkan aku pun terlibat sama 'berperang' dalam thread tu... baik aku jelaskan sikit tentang apa ke jadahnya yang berlaku... he he he... biasa la aku kan bad boy...

mula-mula tu aku takde niat pun nak masuk campur... just nak baca je pasal mamat ni baru import siberian dengan breeding right dari russian breeder... mula-mula tu diorang ni bukan main seronok lagi welcome mamat nih... yang dari hong kong, singapore pun join skali... siap tanya itu ini lagi pasal siberian dia... tup-tup ada sekali tu ada sorang ni bagi tau dalam thread tu pasal dia nampak mamat ni punya add kat adpost... haaa... kat sini la turning point dia...

so, apa lagi... terus diorang cop mamat ni BYB... apa lagi geng-geng kepala sakai ni pun sesedap rasa la hentam mamat nih... dah terkonteng-konteng mamat ni explain... yang aku pelik tu dari "warm welcome" dengan sepantas kilat jadi "hot havoc"... takde nak siasat ke hape ke... terus bantai...

aku pun (macam biasa la, bad boy la katakan) questions la diorang ni... lebih kurang gini... aku tanya, kenapa korang hentam mamat ni je... kenapa tak hentam breeder tu sekali... aku cakap kalau breeder tu bagus sangat kenapa tak screen dulu sebelum jual... itu pun kalau betul mamat ni BYB la... yang diorang bengkek tu, mungkin sebab aku cakap, banyak jugak Registered Pedigree Breeder yang act macam BYB... cuma bezanya, diorang registered... pastu aku cakap lagi, kalau korang berani sangat label orang sana-sini sebagai BYB, kenapa korang takut nak labelkan RPB yang takde etika ni BYB jugak... tu yang lepas tu diorang mula cakap belit-belit...

dan seperti biasa... bila geng-geng kepala sakai tu dah tersangkut takleh nak jawab... balaci forum tu pun cepat-cepat selamat kan keadaan... cantas terus thread tu...

begitu la al kisahnya hikayat seribu satu darham...
Reply With Quote