View Single Post
  #6  
Old 02-03-2010, 01:04 AM
Pak Lubis's Avatar
Pak Lubis Pak Lubis is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Jul 2009
Location: Lot 1247.Jalan KB 1, Kampung Bangi, Bangi Old Town
Posts: 259
Rep Power: 15
Pak Lubis is on a distinguished road
Default Re: ibu tumpang xnk kasi susu

Quote:
Originally Posted by yana_lyn View Post
thanks Guru..sy da beli dah bottle tu n beli susu tepung brand nikki ...ok x ngn kitten tu..risau la
Saya pun sekarang tgh jaga 4 ekor anak kucing yg ibunya telah hilang. Saya juga beri susu jenama yg sama. Beli botol tetapi amat susah nak beri susu dgn botol. Lebih baik guna syringe tanpa jarum. Masukan syringe dari sebelah tepi mulut dan injek sikit2 sehingga anak kucing tersebut puas (dia akan tolak jika dia puas). Beri setiap 2 atau 3 jam sekali.
Tempat kurungan kalau (cage) mesti berlantai yg berlubang dan ada bekas tadahan air dibawahnya dan harus juga dilapik kertas surat khabar. Ganti kertas lapik setiap hari.
Jika guna pet carrier pastikan anak kucing tu tidak duduk atau tidur dilantai pet carrier tu.. Anak kucing bnyak terkencing. Nanti badan dia basah dek air kencingnya. Kalau ada ibunya tak apa.. Dia akan bersihkan.
Buat sedikit pangkin dari kayu atau dawai. Jadi kencingnya akan berada di bwah pangkin tersebut . Walau bagaimana pun alas surat khabar dan tukar hari hari. Ini pengalaman saya membela anak kucing yg umur seminggu. Sekarang umurnya mungkin antara 15 atau 20 hari.
Reply With Quote