View Single Post
  #1  
Old 06-08-2012, 08:59 PM
Encik Boss's Avatar
Encik Boss Encik Boss is offline
Animal Lover
 
Join Date: Jun 2012
Posts: 7
Rep Power: 0
Encik Boss is on a distinguished road
Default Kenapa kita mesti vaccinate haiwan peliharaan ?

"Vaccination" merupakan satu prosedur memasukkan pathogenic mikroorganism (mikroorganisma yang boleh menyebabkan penyakit) ke dalam sistem badan haiwan. Mikroorganisma tersebut terlebih dahulu, "killed" dibunuh atau di"modify" a.k.a dilemahkan ke tahap tertentu supaya ia tidak akan menyebabkan animal jatuh sakit

Contoh nyer, Vaksin 4 in 1 yang biasa diinject pada kucing yang mengandungi:

VIRUS
1. Feline Herpesvirus (FHV) - yang menyebabkan jangkitan pada salur pernafasan (demam, selsema, sakit mata, tekak)
2. Feline Calicivirus (FCV) - juga menyebabkan jangkitan pada salur pernafasan, selalunya in combination dgn FHV untuk menunjukkan tanda-tanda penyakit tersebut
3. Feline Panleukopenia virus (FPV) - boleh menyebabkan jangkitan pada sistem pencernaan, sistem darah, sistem saraf (cirit-birit, pucat, sangat lemah, asyik nak minum air jer, dan macam-macam lagi)

BAKTERIA
1. Chlamydia psittaci - bersama2 FHV dan FCV menyebabkan jangkitan salur pernafasan dan menunjukkan tanda-tanda penyakit yang sama

Berbalik kepada tajuk - KENAPA kita mesti vaccinate?

Tujuannya adalah untuk meng"induce" penghasilan antibodi terhadap penyakit yang boleh disebabkan oleh mikroorganisma tersebut. Untuk memastikan haiwan kesayangan akan mempunyai daya tahan dari penyakit-penyakit tersebut yang boleh membawa maut...Nauzubillahiminzalik...

So, vaccination adalah crucial/SANGAT PERLU a.k.a WAJIB jika kita ingin memastikan haiwan kesayangan kita sentiasa kuat untuk menentang sebarang jangkitan penyakit yang berkaitan...

ACCORDINGLY ...

maksudnya, pada peringkat umur tertentu, ulangan nye...

A) suntikan PERTAMA - umur 6-8 MINGGU
kerana, ketika lahir, anak kucing telah ada antibodi yang diperoleh dari ibunya, pada umur 6-8 minggu, kadar antibodi tersebut akan menurun, masa yang sesuai untuk vaccinate untuk "induce" penghasilan antibodi baru. Jika diberi lebih awal, antibodi sediada akan membunuh microorganisma yang terkandung dalam vaksin tersebut =WASTE
Jika tidak diberi, anak kucing akan terdedah kepada jangkitan penyakit tersebut yang boleh membawa maut = GRIEVE

B)suntikan KEDUA - SEBULAN / 4 MINGGU kemudiannya / 10-12 minggu
paras antibodi yang dihasilkan daripada suntikan pertama tidak cukup tinggi untuk menghalang serangan patogen untuk tempoh masa yang lama, so, booster vaccine, mesti diberikan supaya, kadar penghasilan antibodi akan semakin meningkat dan boleh bertahan untuk at least tempoh setahun

C)suntikan berikutnya - SETAHUN selepas SUNTIKAN KEDUA

D)dan TAHUN berikutnya

Terima Kasih Kepada VetPlanet Animal
Reply With Quote