View Single Post
  #19  
Old 11-12-2009, 02:55 PM
FurKids's Avatar
FurKids FurKids is offline
Pets Are NOT Disposable
 
Join Date: Sep 2008
Posts: 2,041
Rep Power: 18
FurKids is on a distinguished road
Default Re: menghilangkan bau najis kucing

Heheh! Naza, ini mcm jual ubat traditional, tiada badan buat pengesahan produk, jadi kena amat berhati-hati.

Contoh ubat gamat, memang amat berkesan kalau dapat yg tulin dan berkualiti tetapi terlalu banyak pembekal dan jenama dan kualiti pun amat berlainan. Ingredient bahan campuran dan cara memproses pun amat berlainan dan menyentuhi perkara berkenaan keberkesanan produk walaupun pada asalnya, benda gamat adalah baik.

Oleh yang demikan, ada yg pernah mencuba gamat utk kucing cedera teruk jatuh dari tingkat 30 makan dan sembuh tapi ada juga yg mencuba gamat gosok kat luka sahaja tapi kucing terus jilat dan mati.

Terlalu banyak produk dalam pasaran yg tidak dibekalkan kajian dan bukti kukuh (terutama ubat traditional) bahawa tiada membawa bahaya jika dimakan atau dipakai luaran gosok. Banyak mengandungi steroid yg merbahaya dan benda toksik.

Ada setengah pula dibekalkan kajian dan diluluskan utk digunapakai tapi selepas beberapa tahun dalam pasaran, didapati kesan mengakibatkan kerosakan pada badan atau menimbulkan penyakit kanser dan ditarik balik daripada pasaran pula dan kalau syarikat besar dan bertanggungjawab, boleh tuntut gantirugi contoh makanan yg mengandungi melamin.

Anyway, najis tetap berbau kalau tidak tak lah nama najis. Juga, kalau najis terlalu berbau, elok kita mengkaji punca masalah daripada kasi kucing makan sesuatu utk menutup masalahnya.

Najis berbau ada beberapa punca. Jenis dan jenama makanan satu, tanda makanan tidak hadam sepenuhnya kedua ... satu lagi kucing ada penyakit.
__________________
"We organized in the past to make Trap-Neuter-Return possible. Today, we organize to make Trap-Neuter-Return the norm and to end the unnecessary killing of cats in animal shelters across the country and provide humane care." - Alley Cat Allies
Reply With Quote