View Single Post
  #1  
Old 12-17-2010, 10:47 AM
sharina's Avatar
sharina sharina is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Nov 2010
Location: shah alam
Posts: 104
Rep Power: 14
sharina is on a distinguished road
Default habis madu sepah dibuang

saya hendak berkongsi cerita sedih dengan rakan2 forum semua.
pada 2 hari lepas saya bersiap sedia nak ke conference di KL. ketika saya keluar dari rumah (setelah cium dan melambai si sandy, kucing kesayangan ku) saya pun berjalan menuju ke lift. saya ni memang rabun, dari jauh saya nampak ada benda berlari2 ke saya. saya pun berhenti tenung je benda tu bila dah agak dekat saya nampak kucing persian yang kurus giler, bulu pun dah tidak ada, memang keadaan menyedihkan. tetapi apa kan daya ada kerja yang nak dibuat saya pun kuatkan hati pergi jugak.

2 hari ketika saya di conference, boyfriend saya call (die datang sesekali di rumah memberi makan kepada sandy sebelum dan selepas balik kerja), katanya die ternampak kucing persian yang kurus dan busuk depan rumah saya. tapi ketika tu pun die nak ke tempat kerja so tak dapat la berbuat apa2.

ketika malam saya pulang saya pun tercari2 kelibat si kucing tu tetapi tidak pulak saya jumpa. Nak di jadikan cerita semalam ketika saya tunggu lift nak ke office, kucing tu tetiba datang kepada saya. tetapi lift dah bunyi, saya pun berkata kepada kucing tu "kalau kau ada lagi petang ni, akak ambik kau anta ke vet, akak bela ye"

saya pun telefon la bf saya bercerita hal kucing tu, dengan berkobar2 balik kerja kami pun same2 nak cari kucing tu disetiap level apartment bermula dari level saya tinggal.

Ketika saya dan bf keluar je lift terjenguk kucing tu depan lift. Tak sangka plak die dengar cakap saya, Bf saya terus angkat dan saya drive ke vet. Sepanjang perjalanan senyap je si kucing. Sampai di vet pun tak meronta senyap je tengok2 orang di sekeliling.

Dr kata die ada kurap yang teruk, kutu, bulu memang la sudah gugur, Dr tu tarik segumpal kat tangan, ada selsema nasib baik tak demam, dehydration dan kekurangan makanan. Bak kata keadaan die memang menyedihkan. Ketika dr tanya, "sape nama kucing ni" saya jawab, "tak tahu" kemudian dr tu cakap, " sabar ye baby, nanti mesti ada name," saya macam nak menangis dengar. Saya pun pulang dengan ubat dan kucing yang dah di vaccine dan di kasi makan ubat.

Saya letak si kucing di dalam sangkar, ketika saya letak air kat sangkar dia terus dia minum air sehingga separuh, dahaga sangat. tapi dia tak makan pun. Sandy plak sombong2 tak mau pun pergi dekat si kucing tu. Saya asyik ngendap je dari tingkat tengok si kucing buat apa, sebelum saya nak tido saya pun test panggil die pelbagai nama, "bob, chumi, lala, kiki, mimi," akhirnya mimi menjadi sukaan hati sekucing die toleh ke saya.

Si kucing, mimi baru start makan hari ni pagi tadi sebelum saya ke kerja saya nampak dia makan sikit..sekurang2nya die buang air kecik.

So malam ni first time nak kasi kucing makan ubat. sandy alhamdulilah tak pernah sakit.

cerita bersambung. nanti saya post kan gambar mimi.
Reply With Quote