View Single Post
  #1  
Old 08-28-2010, 01:19 AM
syidajaafar's Avatar
syidajaafar syidajaafar is offline
Animal Lover
 
Join Date: Aug 2010
Posts: 36
Rep Power: 0
syidajaafar is on a distinguished road
Default Nak bawa kucing travel

Hi semua..

Saya budak baru belajar kat sini hehe. saya ada satu persoalan kat sini untuk di jawab oleh otai2 sekalian..diharap semua dapatlah membantu saya ya?

Saya ada memiliki dua ekor kucing, yang 3 bulan lalu saya bawak dr melaka ke kuantan naik kereta. masa tu tuhan je laa yang tahu betapa sengsaranya (saya dan mereka). mana taknya, mengiau non stop smpai naik serak suara diorg! pastu dengan ada yang terkencing laa dlm carrier pastu terlepas keluar pula dr carrier..alahai...pening saya . pastu bila sampai kuantan pulak agaknya sbb stress travel, dua2 kena cirit birit yang teruk sampai sebulan, puas berubat ke sana ke sini akhirnya baik sendiri bila cuba bg diorg mkn ayam rebus (hasil kajian saya kat forum ni laa heheh). alhamdulillah semuanya sudah selamat sekarang.

masalahnya saya akan bercuti selama sebulan, jadi saya akan pulang ke kampung di melaka. rasa tak sampai hati nak tinggalkan di boarding, sebulan... lama tu! last time tinggal diorang 14 hari, bila bawak balik rumah dah jadi macam 'tak betul' sikit, terkurung je kat dalam cage mana tak biol diorg jadinya (kucing2 saya ni 100% indoor cats, tp lepas bebas je dalam rumah tak penah di cage). tu yang saya tak sampai hati tu nak tinggalkan diorg lagi.

tapi kesian pulak diorg nak travel, pjlnan dr kuantan-melaka paling cepat pun amik masa 4jam. dan saya tak sanggup pulak kalau2 diorg stress lagi dan terjadi semula episod cirit birit yang teruk itu!

saya tak sanggup hidup jauh dengan diorg...lgpun org kat boarding tu bukan jaga kucing kita sangat pun. risau laa.

saya ada baca kat internet yang sebenarnya ada ubat yang de-stress kucing yang boleh diberi mkn masa nak travel, betul ke? nak juga saya cuba asalkan diorg tak stress masa travel. ada tak otai2 yang penah cuba? berapa harganya? tak bahaya ke untuk kucing?

tolong lah saya...saya buntu dan sedih ni mengenangkan nasib kucing2 saya ni...
Reply With Quote