View Single Post
  #1  
Old 02-25-2014, 12:23 AM
Olivia Olivia is offline
Animal Lover
 
Join Date: Feb 2014
Location: Kota Damansara
Posts: 3
Rep Power: 0
Olivia is on a distinguished road
Unhappy Kucing Baru Beli Tak Mahu Makan, Asyik Muntah

Hi,

Ini adalah kali pertama saya menulis di sini. Harap mendapat perhatian semua cat lover di sini yang berpengalaman.

Saya baru sahaja membeli seorang kucing pure persian flat face ...Baru sahaja semalam.

Mungkin ini adalah pengalaman pertama, maka agak risau sedikit berkenaan perkembangan Olivia (nama kucing) ini (baru sehari bela.. huhuhu).

Umur Olivia: 8 bulan.
Sex: Female
Vaksin: Belum

Masalah:
  • Sehingga ke hari ini (24 jam), Olivia saya ini tidak mahu makan apa-apa.
  • Dan petang tadie pula saya telah bawa ke klinik kucing zaas untuk vaksin. Namun, doctor tak beri vaksin kerana katannya suhu bdn Olivia agak tinggi (40C). Tapi katanya lagi, ia bukan demam. Hanya culture shock.
  • Doctor hanya memberi ubat cacing dan antibiotik ptg tadie.
  • Namun apa yang berlaku malam ini ialah Olivia dah mula muntah2. Sy tak pasti apa masalahnya tapi menjangkakan bahawa mungkin kerana ubat cacing yang diberi oleh doktor.
  • Namun satu lagi yang merisaukan saya ialah kemungkinan Olivia makan makanan tah2 hape yang diberi oleh anak2. Maklumlah, anak saya bru 3 tahun... Semalam (selepas ambil kucing dr rumah owner lama), saya jumpa french fries dalam kandangnya (mungkin diberi oleh anak saya).

So, ada apa2 pengalaman atau nasihat tak? Coz saya dah tersangatlah risau dengan perkembangan Olivia sejak mula dibeli.

Buat pengetahuan anda juga, Olivia dlm keadaan sihat dan lincah semasa di rumah owner lama.
Reply With Quote