View Single Post
  #203  
Old 09-07-2010, 09:36 AM
June June is offline
Animal Lover
 
Join Date: Aug 2008
Location: Tmn Shamelin Perkasa-Kota Kinabalu
Posts: 6,004
Rep Power: 0
June is on a distinguished road
Default Pictures of My Cats

Marini, saya nak perbetulkan sedikit fakta awak berkenaan dengan barang barang & makanan kucing.

Base on my experience dan observation, terkurang timbang itu bukan salah siapa siapa tapi salah kita sendiri. Begini, dari apa yang saya perhatikan, timbang Blackwood share masing masing dibuat secara public. Kalau ada 10 orang, means ada 20 biji mata. Kadang kadang bila kita asyik bercerita dengan kawan kawan kita lost count on our timbangan. Pernah terjadi dengan saya. It was my fault. I tak tengok betul betul coz busy sembang sambil tangan bekerja. Pada kebanyakkan masa Nurul, Ramzee @ Prinz38i atau ada few other friends yang timbang. Saya perhati sambil sembang. Masing masing jadi alpa seketika. Pernah terjadi pada saya. BW untuk jiran dibawah rumah terkurang. Saya pun terpaksa bagi dia my share. But I didn't complaint. It was completely my fault. Pada pendapat saya, orang yang terkurang tu,instead cakap belakang dan sebarkan cerita, sepatutnya bagitau Nurul. Kita ini manusia,benda benda begini akan terjadi.

Kedua, tentang harga. Bagi saya benda ini logistik. Memandangkan you duduk kat Taman Megah & hanya mengambil 7.5kg setiap bulan, bila u dapat murah kat area you sudah semestinya u akan ambil kat sana. Kalau saya pun akan buat begitu. Tetapi untuk orang yang banyak kucing yang terpaksa beli sampai berkarung karung (including me), beli dengan Nurul adalah murah. Saya kenal Bernard (yang jual BW kat Nurul). Malah, saya pernah ke kilang dia kat Balakong dengang ramai budak budak forumers kat sini. Kami ambil direct dengan dia.Masalahnya, kami bekerja dan kilang dia dibuka office hour so bukan tiap tiap bulan kami dapat ke sana. Jalan senang beli dengan Nurul. Tapi kalau saya pergi ke rumah adik saya yang juga di area sama on Saturday (kilang dia buka half day on Saturday) saya akan beli direct dengan dia. Harga yang Bernard kasih adalah harga yang dia jual kepada petshop. Tetapi mungkin petshop tempat you dapat lebih murah sebab dia ada deal lain dengan Bernard. So it is varied from 1 petshop to another.

Pada pendapat saya, kalau Nurul jual extra RM5-RM10 itu adalah normal. With all the hassle she has go through (orang datang rumah on weekend sedangkan itu waktu dia rest dengan family),orang datang waktu malam after work sedangkan dia dah penat baru balik kerja & urus anak lagi. Belum kira yang buat rumah dia macam kilang,store Blackwood sampai berminggu dan ada juga yang sampai berbulan bulan. Kalau saya pun,akan charge extra. Reply and sending sms, call sana sini itu semua duit, kawan. Siapa nak tolong bayarkan bil telefon yang melambung tiap tiap bulan?? Lepas tu akaun Nurul kena tolak duit RM2 untuk transfer charge. Public bank akan deduct RM2 dari akaun Nurul for every transaction. Imagine kalau 8 transaction per day coz limit per day for transaction is RM3 thousand. Looking at her booking,kadang kadang mencecah sampai 60 karung. Berapa duit tu?? This is all part and parcel of doing business. Though Nurul bukan buat duit sangat pun dalam kes ni,melainkan kadang kadang supplier bagi dia free food. Sometimes dapat 7.5kg punya Blackwood.

Tentang boarding tu, rumah dia so saya tak mau komen pun. Kalau dia buat business boarding is her choice and her right. Siapalah kita nak mempersoalkanya. Malahan,ramai juga kawan kawan kat sini yang buat boarding business. Bagus sebenarnya. Jadi our forumers friend dapat keuntungan juga. Kucing kucing mereka dijaga oleh another cat lovers. So this is a matter of supply and demand. Is the matter of owner's choice which boarders they want.

Ketiga, tentang pasir kucing dan barang2 kucing yang lain. Nurul ambil dari supplier yang bernama Kelvin. Kilang dia supply barang2 ke hampir seluruh petshop kat KL & Selangor. Saya sendiri pun ambil direct dengan dia. Tiap tiap bulan 4 karung pasir (25kg setiap satu). Saya juga pernah tolong forumer Euanna beli dari sana tetapi memandangkan saya bekerja saya takde fix time untuk ke sana. Saya pergi bila ada lapang in between work. So Euanna tak dpt nak continue dengan saya but beli dengan Nurul coz jadual Nurul is fix every month. Sebenarnya kalau u pergi petshop kat area KL, rata rata takde jual yang karung 25kg tu. Mereka akan repack balik dan jual dalam 5L atau 10L. So harga yang kami dapat adalah murah. RM75 satu karung. Biasa petshop jual RM18.90 utk yg 10L. Qiut can food, jual kat petshop RM3.90 atau ada yg jual RM10 dapat 3 tin. Tapi Nurul dapat RM3 setin. Saya pun beli harga yang sama.

Konsep dia sama saja dimana mana. Bila u ambil banyak u get special price. Tapi kadang kadang different petshop ada deal lain dengan supplier masing masing so ini kita tak boleh nak kata apa.

Another thing Marini, bila u nak matekan BB, berharap akan dapat anak yang mempunyai sifat sifat seperti BB. Itu adalah mitos/myth. Banyak orang beranggapan, anak akan mempunyai perangai si ibu dan bila anak kucing itu langsung tidak bersifat seperti ibu/bapa kucing itu, mereka akan kecewa. Kucing saya si Putih (stray cat) dulu beranak Peterpan berlima adik beradik dan 2nd pregancy 6 ekor kitten. Takde seekor pun yang berperangai seperti Putih. Saya cadangkan awak pergi ke Klinik Kembiri di Setapak. Ambil brochure berkenaan yang cakap saya tadi. Anak kucing akan mempunyai perangai sama dengan ibu dia dan menjadi sebab utama kenapa orang suka matekan kucing mereka in hoping to get the junior. In your case, BB Junior.

Quote:
Originally Posted by maris_sa528 View Post
Konsep perdebatan adalah mudah:
1 - Isu/case
2 - Hujah dengan bukti dari kedua pihak
3 - Konklusi dgn consideration jika pihak bersalah mengemukakan hujah rasional walaupun tanpa bukti.

Maka dengan ini saya ringkaskan thread ini dengan.....

Isu
----
Kak Nurul Felix the Cat menjual Kucing.



Hujah pendakwaan
----------------------
1- Kak nurul jual kucing. - Bukti ada.
2- Kucing-kucing Kak Nurul tak terjaga dgn baik - Ada saksi.
3- Kucing kak nurul tak di spay walaupun kak nurul pejuang kental 'pengkembirian' di PF. Most of us know this.
4- Kak nurul lantang mengkritik hygiene di pet shop tapi kebersihan kucing2 kak nurul juga terabai - ada saksi

Hujah tambahan
---------------------------
1- Kak nurul tak jujur - kami ada bukti pembohongan kak nurul
2- Blackwood yang Kak Nurul jual selalu kurang dari nilai timbangan sebenar. (Contoh: Kalau beli 5kg, kurang 500grm.. bla..bla..bla..) - Saya jumpa 2 orang yang sedar tentang ini, anyone out there realise this?
3- Blackwood & litter sand kak nurul jual tak murah. Saya beli di pet shop Pet Buddy Station, Taman Megah jauh lebih murah. Dan lebih convenience. (Ini hujah saya untuk menangkis dakwaaan bahawa Kak nurul menjual bukan kerana keuntungan, tapi kerana membantu warga PF lain.)

Hujah balas
--------------
1- Shah tak puas hati sbb tak dapat kucing - any bukti?
2- Adrian BF shah (which mean u accuse they are Gay partner) - any bukti?
3- Shah jual Grey yang saya jaga/ubati - any bukti?( If ada, saya org paling sedih atas dunia ni)
4- Luvnett, Marisa, Shah and Adrian dikatakan instigator - prove this. How many times this mentioned name appear as instigator in PF?


Nota kaki:
1. Again, saya stand firm with the things I believe with. I have my reason not to spay my 2 female cats right now (that's different case). Isu di sini betul atau tidak Kak Nurul cuba menjual exotic short hair kitten with the price RM1.8k each?
2. Saya rapat dgn kumpulan kecil ini (Luvnett, Adrian, Shah dan beberapa org lagi) kerana mereka ini kumpulan telus yang ingin cari kebenaran di sebalik forum-forum PF yang penuh dengan negative intention. Those who have our Facebook will know, kami reveal the truth about pet shops yang dikatakan tidak terurus dan menyiksa haiwan-haiwan. Kalau ada dakwaan Kak Luvnett breed and jual kucing dia, saya tak kisah sbb dia tidak pernah firmly against breeding and non-spaying. Tapi kucing2nya jauh lebih sihat dan terjaga dari kucing-kucing Kak Nurul.
3. Tolong betulkan dimana yang salah, kerana saya juga manusia yang tidak sempurna. Dengan kerana itu tidak perlukan menempelak membabi-buta org di thread-thread lain, ye tak?

Minta maaf jika ada kata-kata yang tidak disenangi. Kita kena ubah culture PF forum, or else org akan mula tidak suka dengan hipokrasi yang berlaku di sini.

Just my 2 cents.

Last edited by June; 09-07-2010 at 10:06 AM.