View Single Post
  #7  
Old 08-30-2010, 09:15 AM
FurKids's Avatar
FurKids FurKids is offline
Pets Are NOT Disposable
 
Join Date: Sep 2008
Posts: 2,041
Rep Power: 18
FurKids is on a distinguished road
Default Re: Nak bawa kucing travel

Quote:
Originally Posted by naddy View Post
5. Cari pet bag carrier (berbanding carrier biasa, beg carrier lebih lembut dah lebih gelap...selesa untuk kucing) p/s: ni contoh beg tu...
Beg lembut sebenar adalah kurang elok dan kurang selamat. Cuba dapatkan jenis yg keras yg tidak akan kemet terutama bila ada kemalangan dalam perjalanan yg membolehkan kucing menjadi cedera. For transport of animals, sebenarnya apa yg disyorkan selalu adalah carrier yg solid dan keras dan ikat pintu carrier selalu sebab kucing yg stress dan panik akan terjun lari apabila ternampak sahaja sebarang peluang. Juga, jangan sekali-kali buka pintu dan lepaskan walaupun di dalam kereta atau kencing/berak/muntah teruk. Biar busuk asalkan kucing selamat. Alaskan carrier dengan suratkhabar tebal-tebal yg dapat meresap kencing/tahi/muntah yg banyak supaya bulu kucing sentiasa kering bagi mengelakkan daripada kesejukan apabila bulu basah dan kena aircon. Jangan guna kain atau tuala dalam carrier. Lepas tu, ikut nasihat Naddy dan tutup carrier dengan kain nipis yg tidak terjejaskan pengaliran udara.
Quote:
Originally Posted by naddy View Post
6. Puasakan kucing at least 8 hours before travelling (supaya dia tak terkencing or poo poo)
Saya rasa tak payah selama 8 jam, 4-5 jam cukup lah sebab digestive system kucing tu pendek, most of the food will clear from the stomach dalam 2-3 jam. Bagi makanan basah yg ringan, jangan terlalu banyak.

Daripada pengalaman, saya lebih suka beri makan basah sedikit kepada kucing sebelum perjalanan (4-5 jam sebelum) sebab kebanyakan mereka akan terlalu stress dan pening muntah, air liur non-stop keluar hingga kucing lain semua basah dengan air liurnya dan juga surat khabar di dalam walaupun saya menggunakan Feliway spay di dalam carrier. Kesian betul, muka mereka pucat betul. Bukan semua kucing boleh dibawa jalan walaupun cuba biasakan sedaya upaya. Kucing macam ni stress ketakutan teramat dan juga pening naik kereta macam manusia. Bila sampai, kadang-kadang satu hari dia tak mahu makan minum sebab masih mabuk perjalanan.

Jangan bagi ubat makan. Tak bangun kucing ko tu nanti.
__________________
"We organized in the past to make Trap-Neuter-Return possible. Today, we organize to make Trap-Neuter-Return the norm and to end the unnecessary killing of cats in animal shelters across the country and provide humane care." - Alley Cat Allies
Reply With Quote