wah!!! comei2,sihat2 belaka kucing ko Yan.bila dah lama tak tempek gambar,sekali tgk durang ni suma dah hensem boboi & pretty mama
paling tak tahan tu tgk durang pakai riben & bunga.kesian jd model tak rela.kikikikikik!!!
Hehe durang x kisah pun pakai bunga / tie / bow tie tu.. tp Yan bukak sbb takut tak selesa.. Yan pun skrg bukan sentiasa bg durang pakai collar.. kdg2 pakai.. kdg2 tak...
Paling SIHAT of coz la Neko-chan.. macam lepat... skrg semua anak2 bulus suka tido dekat saya.. Salem & Neko-chan jdkan kaki saya bantal.. Sherbet tido sebelah kepala .. Alhamdulillah semua sihat dan nakal mcm biasa..
Sherbet manja gila skrg.. tiap2 pagi mesti dtg ngiao2 .. nak baring atas meja diusap2.. tido berbantalkan tangan saya ..ish2..makin besar makin manja pulak
Lama tak post dalam PF ni.. sebab tak ada apa cerita pun nak di-post sangat ..Alhamdulillah selama ni anak2 bulus semuanya sihat walafiat, tapi segalanya berubah sekarang. Minggu lepas baru perasan kucing betina, Neko-chan jarang makan dan kurus. Dia ni memang susah sikit nak nampak perubahan sebab dia suka tido dan baring melepak sana sini. Dia memang tak suka sangat bergurau dgn jantan 2 ekor kat rumah ni yang ganas sangat..
Alkisah, mula2 ingatkan dia dah bosan dgn BW. Bagi dia ayam rebus kosong dia tak mau.. ayam rebus tak sedap kot.. keluarlah ke Tesco kejap belikan fancy feast. Bila bg tu, dia hirup air sampai kering tapi ayam tu dia gigit2 aje tak telan.. rasa tak sedap hati dah. Tapi masa tu hari Jumaat, hari sabtu tu cuti umum. Hari Ahad tu terfikir pulak, agaknya dia tak suka BW yg dah lama sikit.. buka bekas yg baru dia makan pulak. Hilang sikit risau, tengok lagi macam mana. Tapi malam tu bersihkan litterbox, ada clump pee yg warnanya kuning gelap. Tak tau pee siapa, tunggu depan litterbox tu lepas bersihkan. Tengok2 Neko-chan yang pee kuning gelap. Bila google, high chance dia ada masalah kidney. Tapi vet tutup hari Isnin, dan memang cuti umum pun Isnin tu. Hari Selasa, cepat2 hantar pergi vet. Neko-chan still nampak ok lagi, kuat minum dan still makan lagi so tak de la risau sangat. Tapi bila pergi vet, dia cakap Neko-chan ada masalah yg quite serius. Dia dah jaundice 2/3 badan dia. Saya pulak memang tak perasan (tak dapat bezakan lgsg) dan Neko-chan mmg tak suka dipegang sangat kalau nak buat inspection.. . Menyesalnya tak check Neko-chan thoroughly setiap hari .
To make things worse, dia revert ke feral state. Garang betul, vet pegang aje bukan main kuat lagi dia hissing. Terpaksa dia-sedate untuk ambik darah buat blood test. Bila ambil balik lepas sedation, Neko-chan makin lemah dan tak nak makan,. Risau betul. Sekarang tawakal aje, tunggu result blood test. Tadi call vet tanya, dia cakap lab belum siap lagi liver and kidney test. Initial result, platlet Neko-chan low dan ada slight infection. Buat masa ni, Neko-chan rehat sorang2 dalam cage. Dia still minum tapi tak nak makan (tadi pun guna syringe masukkan jus wetfood dalam mulut dia). Mata dia pun macam x berapa nampak, vet kata side-effect sedation. Doa-doakanlah Neko-chan selamat. Saya pun tak senang tido tengok anak bulus seekor ni sakit. Dalam sekelip mata dia hilang 1 kg. Saya doakan result blood test tu not too bad. Sedih tengok Neko-chan yang dulu bulat dan montok sekarang kurus kering.. gambatte Neko-chan!
Tadi pagi vet telefon pasal blood test result, nampaknya hati Neko-chan teruk sangat. Ginjal dia ok lagi. Tapi vet bgtau, hari ni probably lebih teruk sebab darah tu diambil hari Selasa. Vet suh hantar gi klinik. Tadi pergi, vet explain pasal blood test, ginjal dia ok lagi, darah merah normal tp platlet dia terlalu rendah dan ujian hati nampak teruk. Saya bg tau vet, Neko-chan dah comatose. Cepat2 dia ambik iv drip, tapi tak boleh masukkan kat kaki depan sebab blood circulation teruk sangat. Vet suruh saya tinggalkan Neko-chan kat klinik dan dia akan bg feedback dalam sejam. Vet kata, tengok result darah tu probably something parasitik tapi buat masa ni dia tak berani nak bagi antibiotik sebab Neko-chan lemah sangat.
Semalaman saya nangis tengok Neko-chan, dia terbaring aje. Makan dan minum dah taknak, kencing pun dah tak larat ke litterbox. Usap2 dia suruh dia kuatkan semangat dan jangan give up lagi sebab saya percaya dia boleh survive. Buat masa ni saya tawakal aje, sebab tengok result liver test tu mmg 50-50. Tengok badan dia yang kurus dan tak bermaya..
Ni la dugaan paling getir saya pernah rasa sejak bela kucing. Sebelum ni Neko-chan pernah sakit teruk tapi tak pernah sampai comatose macam ni. It's like watching her life ebbed away right before my eyes. I feel so helpless, I have no idea how to help her.
Sedih la baca pasal Neko-chan...cam ne nak buat ah? Alaahhh...saya nak bagi tips pun tak pernah ada pengalaman...saya boleh doakan je...mungkin forumer lain boleh tolong...
Macam mana boleh jadi macam tu ye? Sahih ke dia kena jundice?
__________________ “What greater gift than the love of a cat?” – Charles Dickens
Jaundice tu mmg sahih.. putih mata, telinga dan 2/3 badan dia dah kuning. Kalau tak tengok betul2 memang x perasan (sebab warna kulit telinga Neko-chan mmg gelap sikit, tak putih pink macam kucing2 lain kat rumah ni. Bila doctor tunjuk baru perasan.
Macam mana ada masalah hati? Tu pun doktor tak boleh pin point dgn lebih tepat tapi suspected parasitic, tapi dia x tolak kemungkinan NC kena FIP. Buat masa ni, dia rawat symptom yang obvious iaitu masalah hati. Nak buat more test kat Neko-chan pun x guna buat masa ni sebab dia terlalu lemah. Vet akan cuba hydratekan dia balik dan bagi supplement untuk masalah hati tu. Biar dia sihat sikit baru tackle masalah lain. Vet pun tak berani buat rawatan antibiotik sebab NC lemah gila. Tunggu Neko-chan stabil sikit. Saya pun tunggu feedback dari doktor.
Yan,akak pun tak nak kata apa.mmg sedih tgk keadaan kucing yg sihat tiba2 jd camni mmg akak pun dah suspect Neko berkemungkinan ada FELv/FIP. ciri2 dah ada.byk2 sabar Yan.
Quote:
Originally Posted by euanna
Jaundice tu mmg sahih.. putih mata, telinga dan 2/3 badan dia dah kuning. Kalau tak tengok betul2 memang x perasan (sebab warna kulit telinga Neko-chan mmg gelap sikit, tak putih pink macam kucing2 lain kat rumah ni. Bila doctor tunjuk baru perasan.
Macam mana ada masalah hati? Tu pun doktor tak boleh pin point dgn lebih tepat tapi suspected parasitic, tapi dia x tolak kemungkinan NC kena FIP. Buat masa ni, dia rawat symptom yang obvious iaitu masalah hati. Nak buat more test kat Neko-chan pun x guna buat masa ni sebab dia terlalu lemah. Vet akan cuba hydratekan dia balik dan bagi supplement untuk masalah hati tu. Biar dia sihat sikit baru tackle masalah lain. Vet pun tak berani buat rawatan antibiotik sebab NC lemah gila. Tunggu Neko-chan stabil sikit. Saya pun tunggu feedback dari doktor.
Yan
Kak oni tumpang sedih, akak tau the feeling and it will not go off easily, tiap kali kita tengok kucing yg serupa kita kan teringatkan dia. bawa bersabar dik.
Tengah slowly berdepan dgn realiti, kak oni.. Hopefully bila masa berlalu, kurang sikit rasa rindu pada kucing tersayang
At the moment tengah fikirkan course of action untuk anak2 bulus yang lain kat rumah. Since the death of Neko-chan was due to liver failure, and somewhat vague (not sure why her liver failure progressed so fast). Saya tengah fikir samada nak hantar anak2 bulus yang lain untuk check-up or not.
Well, tiga minggu dah berlalu since Neko-chan passed away. Everything has passed by so quickly. Sekarang tengah rawat Sherbet, dia pun kena sakit yg sama macam arwah Neko-chan. Setelah selesai buat blood test Salem & Sherbet, nampaknya Sherbet aje yang ada masalah hati. Conclusion dari vet : liver toxicity, probably terkena some sort of racun. Berbincang dgn bf, perhati suasana rumah, fikir apa persamaan antara Sherbet dan arwah Neko-chan vs Salem.. akhirnya dapat conclusion (yang paling mungkin) penyebab keracunan hati yg dialami Neko-chan dan Sherbet.
Punca: Wangian automatic ambi pur yang terlalu dekat dgn food/water bowl durang. Kenapa Sherbet & Neko-chan aje? Sebab durang berdua kuat makan kibble berbanding Salem (Salem lebih suka wetfood / ayam dari kibble). Sepatutnya saya nampak perbezaan sejak dari saya pasang ambi pur tu, tapi sebab masa tu nak "diet"kan Neko-chan yg orang rata2 kata dia gemuk, maka bila selera durang susut saya tak kisah sgt. Sampaila semuanya terlambat utk Neko-chan. Ianya proses keracunan yg perlahan dan jangka masa agak lama, 3bulan lebih baru nampak durang keracunan. Kesannya lebih teruk pada Neko-chan sebab dia paling kuat makan dan paling mudah stress. Dia jugak ada sejarah sakit ringworm dan cirit-birit teruk dulu, so daya ketahanan dia lemah sedikit berbanding hero dua ekor kat rumah ni. Sekarang saya matikan ambi-pur tu, letak dlm bilik baju (no-cat zone sebab selalu baju kena gigit dgn Salem -.-' ) dan kena bagi Sherbet makan supplement setiap hari. Alhamdulillah, saya tukar vet dan nampaknya dgn supplement ni dia dah semakin sihat. Sekarang tunggu dia habiskan seminggu lagi supplement untuk blood test ketiga. Salem sihat walafiat sentiasa sbb dia ni kucing yg mmg stress free. Anyway, nasihat saya.. berhati2lah dgn penyembur wangian. Kerana benda berharga RM20, saya habis almost RM 1K untuk rawatan anak2 bulus dan kehilangan nyawa yg berharga. Although kematian Neko-chan boleh dikatakan sbg vet negligence, tapi saya tak kuasa nak elaborate.. benda dah berlalu, menangis air mata darah pun tak guna (itu yg mak saya selalu kata).
Itula dia umm feedback pasal kematian Neko-chan dan tahap kesihatan anak2 bulus kat rumah ni.
-------------------------------------------------------------------
On a cheery note, (tak boleh selalu sedih2 sangat, nanti stres).. saya buat D.I.Y dangling toy untuk anak2 bulus. Seronok tengok durang main.
Thanks for the useful insight Yan...I pun dah alihkan AAirwick puff kat bilik diorang....because apa yang u cakap tu make sense sebab I ada baca somewhere kata hidung kucing sakit kalau dia hidu bau pewangi rumah. Saya perasan kalau saya terlupa nak alihkan airwick tu dr bilik diorang..yang sekor ni kerap bersin...yang lain tidak. Depending dgn badab kucing masing2 kot..
Apa pun better jgn letak...saya letak pewangi kalau diorang tak de lam bilik tu je... Malam saya akan alih dlm toilet...
__________________ “What greater gift than the love of a cat?” – Charles Dickens
Tks for the long elaboration ttg benda kecik2 yg kdg2 kita overlook dan pandang remeh.nampaknya cancel akak nak psg ambi pur kat rmh
yg masalah kuicng yg quiet & jarang bunyi ialah by the time kita discover sickenss durang,dah terlambat.mcm my Putih meowmy to Peterpan,Pokemon,Gemok,Kecik,Oni & Coklat. 1st week tgk dia limping,few days after that kwn dah tak mau mkn.the next week dah nazak
so akak rasa cara paling baik utk cegah ialah peratikan najis durang,kekerapan mkn & selalu2 pegang durang.at least klu durang mengiaw marah bila dipegang kita tau yg durang tak sihat atau ada sometime else.
Quote:
Originally Posted by kuntum

Betul tu Kak June, sekarang salah satu habit saya ialah perhatikan warna dan kekerapan poo durang, lepas tu bila scoop pee clump masuk dlm plastik, saya akan pecahkan clump tu utk tgk warna pee (normal atau tak).
Wah.. dah lama tak post kat thread ni.. ai maklumla.. anak2 bulus dah besar2.. perangai biasa aje...
Update anak jantan sulung.. Sherbet :
Dah besar dah Sherbet, dah 2 tahun umur dia.. Tapi still manja..kadang2 datang tido celah ketiak
Salem pulak :
Dah setahun 10 bulan.. tapi perangai still macam kitten.. Bila bosan, merengek2 atas meja... Kalau tak dilayan akan gigit wayar / plastik / selipar .. hobi dia makan plastik .. selipar .. dah 1 mouse, 1 charger, 1 earphone serta 4 pasang selipar jadi mangsa dia setakat ni..
Ingat lagi kitten yang Kak June selamatkan kat ofis bulan Jun dulu..?
Lepas Kak June selamatkan, dia beri Suhaimy untuk jadi fosterer.. Jumaat lepas (1/10/10), saya adopt dia dari Suhaimy.. Alhamdulillah sihat, sekarang dia jadi baby baru saya.. Dah hantar utk FIV/FeLv test, alhamdulillah negatif.. kutu dah clear, deworm pun dah,... dia ada masalah ringworm sikit..so insya-allah minggu depan akan hantar dia untuk vaksin pulak..
Nama dia Shirahime (Puteri Putih) .. panggilan comel Shishi .. susah betul nak ambil gambar dia.. memang aktif sangat2.. Buat masa ni dia still dalam cage, kadang2 keluarkan biar dia main dalam bilik.. (sebab dia ada ringworm dan belum vaksin, so kena kuarantin dia dari jantan 2 ekor kat rumah ni..)
Wah!! itu Puter Putih sangat menggiurkan. Mata biru you Kesian dgn sedara dia dah mati
Akak dok terfikir, si Puteri ni ikut sapa. Mak dia grey, tak perasan lak ada kucing yg macam kucing siam kat area office akak.
Quote:
Originally Posted by euanna
Wah.. dah lama tak post kat thread ni.. ai maklumla.. anak2 bulus dah besar2.. perangai biasa aje...
Update anak jantan sulung.. Sherbet :
Dah besar dah Sherbet, dah 2 tahun umur dia.. Tapi still manja..kadang2 datang tido celah ketiak
Salem pulak :
Dah setahun 10 bulan.. tapi perangai still macam kitten.. Bila bosan, merengek2 atas meja... Kalau tak dilayan akan gigit wayar / plastik / selipar .. hobi dia makan plastik .. selipar .. dah 1 mouse, 1 charger, 1 earphone serta 4 pasang selipar jadi mangsa dia setakat ni..
Ingat lagi kitten yang Kak June selamatkan kat ofis bulan Jun dulu..?
Lepas Kak June selamatkan, dia beri Suhaimy untuk jadi fosterer.. Jumaat lepas (1/10/10), saya adopt dia dari Suhaimy.. Alhamdulillah sihat, sekarang dia jadi baby baru saya.. Dah hantar utk FIV/FeLv test, alhamdulillah negatif.. kutu dah clear, deworm pun dah,... dia ada masalah ringworm sikit..so insya-allah minggu depan akan hantar dia untuk vaksin pulak..
Nama dia Shirahime (Puteri Putih) .. panggilan comel Shishi .. susah betul nak ambil gambar dia.. memang aktif sangat2.. Buat masa ni dia still dalam cage, kadang2 keluarkan biar dia main dalam bilik.. (sebab dia ada ringworm dan belum vaksin, so kena kuarantin dia dari jantan 2 ekor kat rumah ni..)
Hehe.. vet kata dia ni macam burmese cross.. apa2 ajela.. tp coloring dia unik.. telinga, hidung coklat.. kaki ada coklat sikit.. ekor belang2.. ehehe comel dan aktif gila..
Kalau saya masuk bilik dia aje.. bukan main bising lagi, panjat2 cage.. bila lepaskan keluar dari cage.. berguling2 kat kaki.. sibuk berlari2 ke sana kemari.. siapla abang 2 ekor kat rumah ni melayan dia bila dah boleh lepas nanti