Quote:
Originally Posted by shaella
hi allz...
ada beberapa benda yg ella nak tanya pd senior2 yg da berpengalaman jge kucing kat sini..
1 : macamne nak tau kalau kucing tu pregnant ye?
2 : kucing boleh kena selsema tak?macamne nak tau kucing selsema and mcmne nak buat kalau kucing kena selsema?
3 : kalau ada darah pd poo kucing..pe tanda2 masalah yg dihadapi oleh kucing ni?poo dia pun x keras mcm normal..da tukar jenis makanan,da bg ubat vet,da bg mkn ayam rebus n puasa pun still x btol2 keras lg..ada sape2 tau x?
4 : ada kesan bulat2 kat kaki kucing 1 lagi ni..bulat2 tu xde bulu..then macam nak jadi kulit kering..ni ke yang dinamakan fungus tu ye?
|
Salam Shaella.....
1. Kalo kucing tu pregnant, selalunya puting dia akan berdiri tegak dan berwarna pink tua. Dah tu kalo kucing betina tu duduk dan kita pandang dari belakang bentuk badan dia berbentuk macam buah 'pear'. Kalo pandang dari atas masa kucing tu berdiri, bentuk perutnya akan kembang dari tepi. Kucing betina tu juga akan jadi lebih manja dari biasa.
2. Kalo kucing selsema, dia akan asyik bersin je. Dah tu mata dia akan jadi merah dan bertahi mata seolah mata sakit. Ada kala, hingus akan kuar dari hidung dia. Kena la bawa g Vet untuk rawatan.
3. Pasal poo tu lembik ia akan mengambil masa untuk pulih ke asal. Kalo saya tak silap Shaella bagi makan BW Kitten kan? Kalo ikut experience akk, kalo kucing makan lebih BW kitten nie poo dia akan jadi semi soft. Shaella kena beza poo yang cair dan cirit birit. Kalo kucing ada cirit birit, dia akan poo lebih dari 3 kali dalam sehari dan bontot dia akan jadi merah. Kalo setakat dia poo sekali atau dua kali je tu di kira normal. Akk syorkan kurangkan portion BW Kitten tu and then perhatikan poo dia tu. Sebab kandungan protein yang tinggi tu la poo dia jadi cair. Pasal darah elok bawah g Vet untuk di periksa.
4. Kalo berbentuk bulat pada badan kucing tu, kemungkinan besar adalah fungus atau ringworm. Untuk kepastian, Vet boleh check melalui lampu ultra violet. Bila dah kenal pasti fungus, beli la shampoo Malaseb dan mandikan kucing Shaella sebanyak dua kali seminggu sampai la bulu bulu halus dah tumbuh. Dah tu Shaella kena la mop satu rumah ngan clorox di campur air untuk mematikan 'spora' fungus tu. Kalo tak boleh berjangkit kat kucing lain yang ada di rumah. Kalo la ringworm, Vet akan bagi krim untuk sapu kat bahagian yang kena. Tapi Shaella kena PASTIKAN lepas letak ubat atau pegang kucing Shaella kena la cuci tangan dengan bersih sebab ringworm boleh jangkit kat manusia.